TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 10, 2011

Home » , » [CONTEST] Kontes Menang Duit Raya

[CONTEST] Kontes Menang Duit Raya

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca di blog Bluedianthus Dot Com ini. Sudah beberapa hari menyepi dek kesibukan yang tak terperi di dunia offline. Kemaskini akaun Nuffnang juga agak sedikit tergendala, ada masa aku akan kemaskini nanti. Huh...sibuk sangatlah aku ni mengalahkan menteri. Hehe...Apapun, aku harapkan agar hari berpuasa untuk yang beragama Islam berjalan dengan lancarnya ya. Mudah-mudahan. :)

Untuk kesempatan yang singkat ini, aku nak beritahu satu kontes yang sedang berjalan dengan rancaknya di blog Puan Bee. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan juga. Aku juga sempat memeriahkan kontes tersebut dengan menaja 1 banner bersaiz 468 x 60 piksel di bahagian atas blog ini selama setahun bernilai RM153.00 dan juga 1 artikel review yang berharga RM40. Lumayan atau tidak? Itu saja yang mampu aku berikan buat masa ini. Semoga kontes Puan Bee tu meriahlah hendaknya. 

Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana korang boleh menyertai kontes ini, boleh baca entri ini: http://puanbee.com/kontest-menang-duit-raya/

Untuk melihat senarai hadiah yang bakal diberikan sebelum raya, sila lihat entri ini:

Ok semoga, korang boleh memeriahkan kontes yang ada. Rasanya banyak kontes yang sedang berlangsung sekarang ini. Cuma aku saja yang kurang dedikasi nak turut serta. Jadi penaja dulu buat masa ini. Siapa yang dapat hadiah tajaan daripada aku tu, lepas dah disahkan sebagai pemenang, boleh terus berhubung dengan aku melalui bahagian Contact yang telah aku sediakan.

Mudah-mudahan korang terus masyuk diberikan hadiah sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. :)

Artikel Sebelumnya: Terima bayaran ke-5 dari Microworkers!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails