TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 15, 2011

Home » , » Cari Duit Online dengan TextLinkAds Susah?

Cari Duit Online dengan TextLinkAds Susah?

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia semua untuk semua pembaca yang masih lagi sudi membaca corat-coret Bluedianthus Dot Com. Hujung minggu lalu aku sibuk dengan dunia offline jadi tidak ada masa untuk menerawang di dunia online. Apapun, aku doakan agar korang semua sentiasa sihat hendaknya dan masyuk selalu dalam dunia cari duit online khasnya.

Minggu lepas satu blog bahasa Inggeris aku baru sahaja lepas untuk program Text Link Ads (TLA). Memang susah sikitlah nak kena approved kalau dengan TLA ni, ini blog yang ke-5 aku submit, baru diterima. Memang diorang nak blog yang ada PR3 ke atas juga la, sebab blog PR2 yang aku hantar memang ditolak mentah-mentah, huhu.. Sekali hantar PR3, kejap saja dah diterima. Jadi bagi aku yang baru dalam dunia blogging ni, agak susah jugalah nak bagi blog yang boleh diterima oleh TLA. Tapi aku memang lambat sikit nak belajar benda alah ni semua. Kalau nak install kod program memang nak buat research sikit-sikit juga la.



Mungkin ada beberapa kesilapan yang aku lakukan hinggakan aku menerima email ini:
Puas juga aku mencari-cari di mana silapnya plugin TLA yang aku install tu sampai aku tak ada mood nak buat entri baru di blog ini. Akhirnya, aku menghantar support ticket kepada pihak TLA sendiri berhubung dengan masalah yang aku hadapi. Bukan aku tidak cuba mencari penyelesaian di Internet, tapi paling senang adalah bertanya terus kepada pihak TLA sendiri. Boleh juga test khidmat pelanggan diorang macam mana kan. 2 ke 3 hari baru support ticket dibalas tu aku dah biasa. Tapi janganlah sampai seminggu. :)
Sebenarnya aku dah lama berdaftar dengan TLA ni, tapi aku abaikan saja sebab blog-blog yang pernah aku daftarkan telah ditolak. Tapi tak apa, blog tu masih boleh buat duit juga walaupun sedikit. Itulah satu sebab aku renew juga domain-domain tersebut.

Ada tak antara korang yang dah lama berkecimpung di dunia TLA ni? Yang aku tau, problogger titan dan rohaizad je. Kalau ada yang tahu apa masalah installation yang aku hadapi ni, boleh bagitau aku yang masih mencari penyelesaian. Buat pahala di bulan puasa ni, banyak manfaatnya..hehe..

Artikel Sebelumnya: [TUTORIAL] Transfer Duit AlertPay Ke Akaun Maybank

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails