TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 29, 2011

Home » , , » Tertundanya Kejayaan

Tertundanya Kejayaan

Satu kejayaan yang terlakar bukan bermakna terpahatnya kenangan. Aku bukanlah peminat besar dalam arena bolasepak. Tetapi apabila ianya melibatkan nama negara, aku pasti akan memberikan semangat yang tidak berbelah bagi untuk pasukan Malaysia. Biarpun yang menentang skuad kebangsaan ini adalah juara piala dunia 2010, Sepanyol. MALAYSIA, aku rasa negara kita ini antara negara yang paling aman dan selamat berbanding dengan negara-negara yang lain. Cuba tengok berita dunia jam 11 dan lihatlah kesengsaraan rakyat yang tegar mengharungi kemelut hidup, kebuluran, penyakit, banyak lagi. Aku hanya sempat menyaksikan perlawanan Malaysia menentang singapura 15minit sebelum perlawanan tamat. Pendapat peribadi aku, aku ucapkan syabas kepada semua pemain dan juga peminat yang memberikan sokongan maksimum di Stadium Bukit Jalil. Semoga semangat kesukanan ini sentiasa membara. Kalah menang adat bertanding, yang penting halakan matlamat untuk memperbaiki diri pada masa hadapan. 

p/s: Tak lupa aku mengucapkan selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa kepada semua. Salam sayang selalu dari kejauhan negeri di bawah bayu, khas dari Bluedianthus Dot Com. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails