TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 27, 2011

Home » , , , » Teknik Fiverr : Bolehkah Buat Duit Bulan Puasa ni?

Teknik Fiverr : Bolehkah Buat Duit Bulan Puasa ni?

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua yang masih sudi lagi singgah di blug Bluedianthus Dot Com ini. Aku harapkan agar korang semua sentiasa sihat di samping tugasan dan juga keluarga yang tercinta. Bulan puasa tidak lama lagi akan tiba untuk tahun 2011 ini. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua korang yang beragama Islam, semoga murah rezeki untuk tahun ini. Jangan lupa untuk berbuat kebaikan ok. Masalah popup GengBlogger tu dah diselesaikan, hanya buang banner GengBlogger tu saja rupanya, huh..


Di kesempatan ini, aku ingin membuat satu review mengenai satu produk yang sudah lama rakan seperjuangan aku di WangCyber, Fuhh minta aku tolong reviewkan. Kekangan masa yang aku hadapi menyebabkan aku jarang mengemaskini blog ini dan banyak juga tawaran meminta review yang aku tolak. Minta maaf di atas segala kesulitan ya. Ok, produk yang aku maksudkan adalah sejenis produk digital, Ebook Teknik Fiverr

Sebelum itu, apa yang korang kena tahu ialah review ini adalah review aku secara ikhlas dan bukannya semata-mata menyuruh korang membeli produk ini. Kuasa beli di tangan korang dan korang mempunyai hak untuk membuat keputusan samada membeli atau tidak selepas membaca review aku ni. Lagi satu, aku tidak ada kena mengena dengan gagal atau berjaya korang selepas mengaplikasikan produk ini. Ini yang orang selalu salah sangka. Hasil penggunaan sesuatu produk itu berbeza di antara satu sama yang lain. Mungkin ada sesetengah orang yang berhasil dengan produk ini, dan mungkin ada juga yang tidak berhasil dengan bantuan produk ini.

Kembali kepada produk Teknik Fiverr ini merupakan satu bantuan untuk korang yang berniat nak mendapatkan sekurang-kurangnya $5 untuk setiap servis atau produk yang korang tawarkan di laman web Fiverr.Com. Kalau korang tengok pada screenshot di bawah ini, korang akan nampak ramai yang menyediakan servis yang aku tak terfikir pun nak iklankan di laman ini. Tapi dengan bantuan ebook Teknik Fiverr ini, korang akan mendapat formula bagaimana untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada kerja ini.
Laman hadapan Fiverr.Com

Ebook ini akan mengajar korang langkah demi langkah untuk mempromosikan servis korang. Maklumlah, korang akan berurusan dengan bakal pelanggan dari luar negara, bayaran pun dalam dollar jadi kenalah ada strategi yang baik semasa berjual-beli kan. Pada pendapat aku, untuk mendapatkan wang dollar dari Fiverr.com ini tidak memerlukan korang mengeluarkan sebarang modal, tetapi usaha yang baik perlu ada. Jadi modal yang mungkin korang perlu invest kan adalah tenaga dan masa serta daya fikir yang kreatif. Itu dari segi pandangan aku la. Sebab aku pun pernah melakukan kerja yang tidak memerlukan sebarang modal, tapi usaha dan kesungguhan sangat-sangat diperlukan. Sampai di satu tahap, bila kita inginkan lebih lagi pendapatan untuk memaksimakan wang yang bakal kita dapat, kita akan mula mengeluarkan sedikit wang untuk mendapat hasil yang lebih baik.  


Buat masa sekarang ini, ebook Teknik Fiverr ni hanya dijual dengan harga RM10.00. Harga promosi Ramadhan kot, hehe.. Bagi yang nak mencuba untuk mendapatkan sedikit duit poket tu bolehlah dapatkan produk ini di pasaran. Aku ada kenal seorang ahli WangCyber juga, dia memang senang-senang boleh dapat duit dari Fiverr ni. Kalau nak baca thread di forum tu, bolehlah baca thread "Teknik buat duit "pakai kaki" je dengan Fiverr.Com". Pakai kaki? Maksudnya senanglah kot. Mungkin korang boleh jadikan sebagai panduan dan motivasi. Dunia Internet ini banyak lubuk duit yang tersembunyi. Malangnya, ramai yang cuma mengetahui tapi tidak berani untuk mencuba.

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus Dot Com Bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails