TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, July 17, 2011

Home » » Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-30 untuk permata jiwaku..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-30 untuk permata jiwaku..

 Wajah-wajah kesayangan hamba..Daddy & Mummy

Wah, sungguh santai blog Bluedianthus sekarang ni kan. Jarang nak update blog dan membalas komen. Kisah-kisah panas dan terhangat di pasaran memang korang jarang akan jumpa di blog ini. Sebulan dua kebelakangan ini aku cuma bercerita mengenai kisah peribadi sahaja kan. Mungkin korang pun bukannya nak baca sangat entri sebegini...hoho.. Apapun, aku harapkan korang sentiasa sihat bersama keluarga korang. Hari ini, 17 Julai 2011 genap 30 tahun perkongsian hidup Daddy dan Mummy tercinta. Semoga perkahwinan mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. I Love You so much Dad, Mum! Ada hadiah yang lebih bermakna dari segala harta benda yang ada di dunia ini..nak tahu apa benda tu..klik seterusnya.. :)

Inilah hadiahnya, cuma sekeping kertas, yang dihias dengan penuh kasih dan sayang. Masa ni Mummy tengah siap-siap nak ke hospital Likas..sempat posing lagi.. :)

p/s: Hargailah yang ada di depan mata kita. Ibubapa, MakAyah, DaddyMummy, MamaPapa.. Tiada mereka, tiada kita di dunia..renung-renungkan dan selamat beramal ingatkanlah diri siapa kita sekarang ini tanpa mereka....

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu kedua Julai 2011

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails