TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 7, 2011

Home » , , » [REVIEW] Teknik RM450 Sebulan!

[REVIEW] Teknik RM450 Sebulan!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semakin sibuk dengan urusan offline dan juga tugas yang lebih perlu aku titikberatkan. Sesi review ringkas kali ini aku nak perkenalkan satu lagi produk cari duit online yang ditulis oleh saudara Yeoh Hong Shin ataupun lebih dikenali sebagai yoyoyhs di forum WangCyber. Aku tak berapa kenal sangat dengan beliau ni tapi dari gaya tulisan email yang dihantarkan kepada aku, dia ni peramah orangnya. Memperkenalkan Teknik RM450 Sebulan.

Aku merupakan antara orang terawal yang menerima salinan ebook Teknik RM450 Sebulan ini daripada beliau. Lepas saja download ebook tu aku memang terus baca sampai habis. Ini adalah satu lagi peluang yang dibongkarkan oleh saudara yoyoyhs dalam menjana pendapatan sampingan di dunia online. Mungkin masa ebook ini ditulis beliau sudah pun menjana ribuan ringgit daripada teknik yang didedahkan ini. Biasanya memang begitu, lepas sudah mengalami sendiri bahawa teknik tu boleh menjana duit, barulah kita akan berani mendedahkannya kepada umum, bukan? Sebenarnya sudah lama beliau meminta aku untuk menulis review tentang produk ini tetapi maklumlah, aku semakin sirna dari dunia blogging ini dek kesibukan offline yang tidak menentu. Maafkan aku yoyoyhs. :)

Ebook berbayar ini juga merupakan buah tangan sulung saudara yoyoyhs dalam niche buat duit online. Aku tengok laman web jualan Teknik RM450 Sebulan, memang tak berapa cantik (jangan marah yoyoyhs.. teguran ikhlas ni). Tapi apa yang menjadi tunjang kekuatan laman web jualan tersebut terletak pada videonya. Memang aku suka sangat video tu sebab dapat memberika motivasi yang bukan sedikit untuk aku. Aku ada attach video tu kat sini tapi tak berfungsi pula, atau aku memang tak tahu macam mana nak letak video versi vimeo tu..hehe.. Boleh tengok la kat laman jualannya ya.Sedikit tambahan mengenai ebook ini, ianya ada kaitan dengan penggunaan akaun Paypal yang berstatus verified. Jadi kalau korang masih belum ada akaun Paypal yang disahkan tu, memang tak ada peluang la nak buat duit dengan teknik ini. 
Sedikit amaran teguran daripada aku, ebook ini bukanlah untuk orang yang tidak proaktif. Kenapa? Kerana setiap hasil yang diperolehi adalah menerusi usaha dan tidakan. Ebook ini tidak akan mengajar korang bagaimana mendapatkan wang hanya dengan duduk diam. No pain, no gain.. Itulah yang aku katakan di bahagian review laman jualan ebook ini. Kalau nak duduk diam dapat duit, cari dulu 1juta lepas tu masuk dalam bank, tiap bulan ambil bunga je. Nak cari 1juta tu pun kena kerja juga kan. :)

Mungkin ada di antara korang yang nak cari duit poket untuk bulan ini dan bulan Ogos nanti. Maklumlah raya kan dah dekat. Kalau yang dah bekerja dan berkahwin tu, memang akan mengalami sindrom "kebocoran duit" sebab nak bagi duit raya untuk anak buah ataupun anak kecil yang berkunjung ke rumah. Mungkin Teknik RM450 Sebulan ini dapat membantu serba sedikit menstabilkan keadaan kewangan korang. Mudah-mudahan.

p/s: 7/7/2011, tarikh yang cantik untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails