TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, July 4, 2011

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang minggu pertama Julai 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama Julai 2011


Salam sejahtera dan selamat hari Isnin aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga kehadiran Isnin pertama dalam bulan Julai ini membawa seribu keceriaan buat korang semua. Mulakan hari dengan senyuman di awal bulan Julai ini. Rupanya sudah setengah tahun berlalu kan. Aku di sini syukur sihat selalu. Cuma keterbatasan masa untuk mengemaskini blog ini saja yang memisahkan aku dengan pembaca dan subscriber blog ini. Minggu lepas aku tak sempat nak kemaskini akaun Nuffnang aku, jadi hari ini aku curi sedikit masa untuk mengemaskini apa yang patut. Manalah tau dapat Buffered Earning baru kan. Jom... :)


 Status terkini Buffered Earning: Sila klik untuk besarkan imej

Ok, terus ke kemaskini Nuffnang, buffered earning (BE) ke-51 iaitu Celcom iPhone Phase II di bahagian Large Rectangle sudah pun bertukar menjadi metered earning. BE ke-50 dan 53 masih berjalan di blog ini. Tapi iklan Mamil Gold tu memang dah lama tak keluar, rasanya sebab aku tengok macam tak ada perubahan pun pada earning iklan Mamil Gold tu. Tapi tak apalah, boleh juga simpan lama sikit iklan berstatus BE tu dalam akaun aku..hehe. Oh ya, untuk iklan BE ke-53 iaitu P14G (Grapevine), ianya masih lagi berjalan di blog ini walaupun peluang untuk korang buat duit dengan berkongsi iklan ini di email ataupun jaringan sosial sudah pun tertutup. Jadi kepada korang yang sempat berkongsi iklan ini melalui blog aku, tahniah dan semoga masyuk selalu ya. Sebabnya iklan BE ke-53 ini sudah berada dalam bentuk iklan SkyScrapper yang normal.  Tinggal earning Nuffnang aku saja yang akan menaik. :)

Selain daripada itu, blog Bluedianthus Dot Com ini juga telah mendapat BE terbaru, BE ke-54 iaitu Motor Trader LB di bahagian LeaderBoard seperti yang korang lihat pada status terkini BE di atas. Terima kasih kepada Nuffnang yang masih memberikan kepercayaan kepada blog ini walaupun aku kini kurang mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini.
BE ke-54: Motor Trader

Hmm...aku pun tak faham kenapa aku dapat iklan BE Motor Trader ni..hehe..Yala kan, iklan ini tak berkaitan pun dengan cars for sale, latest auto news dan car reviews. Rupa-rupanya Liverpool nak datang ke Malaysia tak lama lagi. Jadi sempena pembukaan laman web Motor Trader, mereka nak berikan tiket percuma Liverpool Asia Tour 2011. Apa yang korang perlu buat adalah pergi ke fanpage Motor Trader tu, LIKE fanpage Motor Trader, kemudian klik pada gambar besar kat fanpage tu dan korang akan dibawa ke laman web Motor Trader Malaysia (cantik laman web tu), jawab 3 soalan yang diberikan dan pihak Motor Trader Malaysia akan hubungi korang kalau korang adalah pemenang yang dicari. Ok, ini salah satu kaedah pemasaran yang pasti mendapat sambutan. Kenapa? Kerana siapa yang tak nak tengok pasukan Liverpool beraksi kan. Lainlah kalau team tu musuh tradisi kelab bolasepak yang korang sokong..hehe..

Lagi cerita lain tentang saudara Nuffnang ini juga, akaun ChurpChurp aku juga sudah melepasi minimum bayaran. Walaupun duit tu tak banyak, tapi besar nilainya untuk aku sebab hampir 95% earning ini adalah assignments yang diberikan oleh ChurpChurp dan bukannya aktiviti klik-klik sebab aku ni tak pandai sangat nak promosikan url klik-klik ni. Jadi semuanya bergantung penuh kepada tugasan menulis 140 karakter yang aku dapat. Terima kasih banyak-banyak ChurpChurp.

Selain daripada itu, aku telah bertukar arah sebagai Evangelist untuk Celcom Xpax pula. Dulu status Evangelist aku di Digi sedikit menyukarkan aku kerana aku adalah pengguna tegar Celcom sejak bertahun dulu lagi. Aku pun tak pasti kenapa aku pilih Digi setahun lalu,mungkin saja nak tukar angin kot. Tapi mungkin kali ini akan kekal buat masa yang lama menjadi Celcom evangelist sebab warna website Xpax yang ungu tu.. :)

p/s: Hosting aku kat Jomhosting.Net kena suspen lagi untuk kali yang kedua. Dahlah lebih 10 domain aku masuk ke sana. Aktiviti make money blogging pun tergendala....huhu.. Server yang aku gunakan untuk hosting aku adalah berpusat di Dallas USA, jadi server tu ada masalah. Terpaksa tukar hosting guna server di Malaysia. Tapi tak apa, asalkan semuanya berjalan dengan baik, aku ikut saja. Ni yang banyak idea nak tulis untuk entri kali ini. Tapi staff Jomhosting memang sporting, semua support ticket dijawab dengan profesional. Terima kasih Jomhosting. :)

Artikel Sebelumnya: Ceria bersama keluarga...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails