TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 21, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Julai 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Julai 2011

Salam sejahtera dan selamat lewat malam Khamis aku ucapkan untuk semua. Entri sekarang ni ringkas-ringkas saja di Bluedianthus Dot Com ini kan. Rasanya sudah kurang perkongsian yang aku berikan sejak akhir-akhir ini. Minta maaf kalau ada subscribers yang sudah "lari" meninggalkan blog ini. Apapun, aku berterima kasih kepada korang kerana sudi bersama dengan blog ini sepanjang waktu itu.

Sekadar kemaskini ringkas Nuffnang untuk minggu ketiga di bulan Julai ini, tidak ada banyak perubahan. Semua buffered earning (BE) sudah bertukar menjadi metered earning (ME). Kemudian ada satu lagi BE baru yang diterima oleh blog ini iaitu BE ke-55, iklan Celcom MTV World Stage di bahagian SkyScrapper.Tinggal iklan Mamil Gold lagi yang belum nak jadi ME...hmm..
Terima kasih Nuffnang!

Iklan BE ke-55 ini aku tak sempat nak ambil screenshot sebab aku rasa iklan ni dah habis tempoh. Blog ini dapat tempias sikit saja dalam sen-sen saja. Duit juga kan, syukur. :) Sedikit yang aku tahu mengenai MTV World Stage ini, ia akan diadakan pada 24 Julai 2011 ini di i-City, Shah Alam. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Thirty Seconds To Mars, Neon Trees, BEAST and Pop Shuvit. Huh...macam wartawan majalah hiburan pula dah. Ok, sekian dulu untuk waktu yang singkat ini. Semoga korang masyuk-masyuk selalu hendaknya.. :)

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus Sibuk Memanjang?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails