TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 13, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Julai 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Julai 2011

Nampaknya ada blogger yang cemas blog mereka bakal digodam oleh hackers yang memang tak ada kerja lain lagi nak buat selain nak menguji kepandaian programming mereka untuk menyusahkan hidup orang lain. Boleh semak di laman ini (Klik kekunci Ctrl + F pada keyboard), taip domain blog korang. Kalau tak tersenarai, bolehlah menarik nafas lega. :) Apapun, hidup mesti diteruskan. Kalau satu blog tumbang, kita boleh bangkit dengan 10 blog lagi. Jangan risau, dulu kita semua pun bermula dari sifar. Ok, kita teruskan ke kemaskini Nuffnang untuk minggu kedua Julai 2011 ini. Hmm..rasanya aku belum lagi terkesan dengan sindrom "Wordless Wednesday". Boleh cari sendiri kat Google ya. :)

Masih ada 2 kempen iklan yang masih berstatus Buffered Earning

Seperti mana yang korang lihat pada screenshot di atas ini, BE ke-53 iaitu p14g jenis Grapevine telahpun bertukar menjadi metered earning. Manakala dua lagi BE masih berjalan, tapi rasanya iklan Motor Trader tu tak lama lagi akan bertukar menjadi metered earning sebab Liverpool tak lama lagi nak berlawan dengan pasukan bolasepak Malaysia. Terdapat sedikit pergerakan earning pada iklan Mamil Gold, rasanya dah lebih sebulan iklan Mamil Gold ni kat blog ini. Apapun terima kasih kepada Nuffnang kerana masih sudi memberi iklan BE kepada blog ini. Sejak tak berblogwalking ni, memang trafik agak susah nak mencapai angka 200 pelawat sehari. Apapun, terima kasih kepada yang masih sudi melawat blog ini ya, aku hargainya.

Aku harapkan agar earning korang juga masyuk hendaknya. Apapun, teruskan berbloging seperti biasa, duit akan datang sendiri. Hidup seorang blogger, adakalanya perlukan ruang dan peluang untuk merehatkan minda dan tenaga untuk menghasilkan penulisan. Hmm..bercakap mengenai iklan Nuffnang ini, aku rasa pihak Nuffnang semakin murah rezekinya. Akhbar Berita Harian pun dah mula beriklan di Nuffnang ini. Negara Singapura pula memang tak sah kalau tak beriklan di Nuffnang ni.

Banyak juga event yang Nuffnang adakan baru-baru ini, salah satu yang pastinya menarik perhatian blogger-blogger seluruh Malaysia ialah pelancaran Maxis Blackberry Playbook yang akan datang tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat untuk menyertai workshop yang bakal diadakan Sabtu ini (16 Julai 2011), bolehlah mencuba nasib dan baca entri Nuffnang, Be the First to Get Hands-On with the Maxis Blackberry Playbook. Ianya terhad kepada 40 Nuffnangers yang bertuah. 

p/s: Kenapa aku selalu bagitau dalam blog aku tentang event ataupun berita terkini Nuffnang. Adakah dengan cara itu aku akan mendapat lebih banyak iklan BE? Tidak sama sekali..Nuffnang tak ada masa nak memeriksa blog siapa yang sedang "mengipas" mereka. Sebenarnya, cara ini merupakan satu cara untuk aku berterima kasih kepada penyeri blog ini di samping bersyukur kerana masih dapat sedikit hasil dari berblogging ini. Ok, tidak dinafikan iklan Nuffnang memang mencantikkan blog, (iklan CPA terkecuali sebab iklan CPA tu tak berapa lawa la..minta maaf kepada pereka grafik iklan CPA ini ya..pandangan ikhlas aku ni..) Sebenarnya entri kemaskini ini pun merupakan salah satu cara aku memberikan publisiti kepada pihak Nuffnang.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails