TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 20, 2011

Home » » Bluedianthus Sibuk Memanjang?

Bluedianthus Sibuk Memanjang?

Oh, aku tidaklah sesibuk mana pun. Tapi memang dah jarang nak mengemaskini entri sekarang ni. Patutlah pembaca makin lari dan trafik semakin kurang. Oh, tak mengapa..yang penting aku bahagia..hehe.. Maaf kepada email dan PM a.k.a mesej yang tidak berbalas. Email SPAM semakin menggunung di dalam inbox, jangan-jangan email bukan spam pun dah aku terdelete sekali dalam spambox tu. Minta maaf lagi ya. Kepada fuhh, tawaran review masih terbuka cuma tak ada masa lagi nak publish di blog ini. Ada masa aku akan buat ya. Sekarang ni masa genting nak buat research. :)

Tapi sempat juga aku mengemaskini entri beberapa blog cari makan aku. Hari ini gembira sangat sebab ada satu blog bahasa Inggeris aku dapat PR1. Mula-mula aku beli domain ini memang PR2 tapi entah, selang seminggu lepas tu dapat PR0. Memang sedihlah sebab belum sempat balik modal dengan blog tu, dah dapat PR0. Aku pun main beli saja, tak ada pengalaman kan. Jadi bila dah dapat PR1 walaupun Alexa masih 25 juta lebih dan hanya ada 5 entri, kira terubatlah juga kesedihan di hati. Aku beli domain tu sebab domain tu tak pernah dropped sejak 7tahun lepas, walaupun backlink cuma ada 5 tapi 2 backlink tu dari PR5 dan PR4. Aku pernah check PR blog tu lepas 27Jun lepas tapi masih PR0. Adakah Google masih belum selesai mengemaskini PageRank semua laman kat dunia ni? Mungkin..

p/s: Microworkers tak dapat bayar duit melalui Paypal buat masa ini...huhu..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails