TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, June 9, 2011

Home » , , » Miliki Barangan Andriod Pada Harga Gempak!

Miliki Barangan Andriod Pada Harga Gempak!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat selalu. Sesi review kali ini akan memperkenalkan sebuah laman web yang menjual gajet keluaran Android yang dijual pada harga pasaran yang jauh lebih murah. Jadi, rugi rasanya kalau aku tidak berkongsi dengan korang di mana nak beli gajet Android yang murah ini. Memperkenalkan CheapestAndroid.Com.


Agak lama aku menjelajah laman web jualan ini. Percayakah korang kalau aku katakan laman web jualan ini adalah milik rakyat Malaysia? Nampak sangat professional kan? Aku suka dengan gaya dan rekaannya yang  ringkas tetapi nampak pro. Dulu aku berangan-angan juga nak ada laman web menjual barangan yang comel-comel macam aksesori handphone tapi sampai sekarang masih belum kesampaian. 
Ok, kembali semula kepada produk-produk yang boleh dibeli melalui CheapestAndroid.Com ini. Korang boleh dapati produk-produk hanya yang terbaru di sini. Kesemua harga yang dipaparkan dalam Ringgit Malaysia jadi korang tak payah nak pening kepala dengan penukaran mata wang asing. Walau bagaimanapun, pembeli dari luar negara masih dapat membeli barangan Android ini kerana medium bahasa yang digunakan adalah dalam Bahasa Inggeris. Apa yang bestnya lagi, gajet yang terbaru siap ada potongan harga lagi. Contohnya, untuk New Cheap Android Tablet 3GHz HMSE USB yang dipotong harga sebanyak RM50. RM50 tu agak banyak juga, boleh beli benda lain lagi.  Setakat yang aku jumpa, potongan harga yang tertinggi adalah sebanyak RM200! Banyak tu! Untuk cara pembayaran, korang boleh membuat pembayaran melalui  kad kredit atau kad debit Maybank, CIMB Bank, Western Union, Cash On Delivery (COD- Kuala Lumpur dan Melaka sahaja) dan juga melalui Paypal. Kalau aku, Paypal memang menjadi pilihan utama sebab kalau barangan tu tak sampai boleh isukan semula untuk refund.

Ok, bercakap mengenai blog. CheapestAndroid.Com ini juga mempunyai blognya sendiri, korang bolehlah melihat sendiri Blog CheapestAndroid.Com ini. Artikel di dalam blog tersebut banyak memberi informasi berkaitan dengan gajet Android yang berada di pasaran. Bukan sahaja barangan keluaran Android, malahan gajet lain juga diterbitkan di blog ini. Satu pendekatan yang aku rasa cukup bijak untuk menarik pembaca menjadi pembeli kepada produk mereka.
Blog CheapestAndroid.Com

Secara keseluruhannya, laman jualan CheapestAndroid.Com, blog dan juga elemen lain seperti bahagian FAQ, Contact dan T&C sudah cukup lengkap. Mereka yang berminat untuk membeli rasanya tiada masalah untuk mengikuti segala langkah yang diberikan.

Ok, sekian sesi review untuk kali ini. Sesiapa yang berminat untuk membeli Android Tablet ini, korang sudah ada satu laman web yang wajib dilawati, CheapestAndroid.Com.

p/s: Jangan lupa LIKE FanPage CheapestAndroid

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails