TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, June 15, 2011

Home » » Masa untuk blog Bluedianthus bersantai..

Masa untuk blog Bluedianthus bersantai..

Salam sejahtera dari kejauhan negeri di bawah bayu aku ucapkan kepada semua pembaca yang masih sudi singgah di blog yang sudah tidak lama dikemaskini. Jangan risau, aku masih wujud lagi di dunia blogging ini tetapi dengan "pace" yang semakin lambat. Syukur, trafik di blog ini masih terjaga. Ini penting kerana blog ini menyediakan perkhidmatan pengiklanan dalam bentuk advertorial dan juga iklan banner. Walau bagaimanapun, Alexa Rank sudah mula menunjukkan penurunan yang ketara. Minta maaf juga kalau banyak komen yang tidak berbalas, tapi aku hargai semua itu. Terima kasih semua.. :)


Banyak perkara yang berlaku semetelah aku di dunia offline ini. Perkara itu juga yang membuatkan aku jauh dari dunia blogging ini. Ada sesetengah perkara yang tidak perlu aku hebahkan melalui blog. Apapun, aku harapkan blogger-blogger lain di luar sana berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa gembira menjalani kehidupan masing-masing. Mungkin ada yang perasan, aku kini jarang mengemaskini blog sejak aku kembali dari kawasan pedalaman yang pernah aku canangkan di blog ini. Ya, mungkin itu juga sebahagian faktornya. Aku kini dalam proses membangunkan blog bahasa Inggeris aku pula. Sesiapa yang mengikuti blog bahasa Inggeris aku pasti akan perasan yang blog itu mempunyai kemaskini hampir setiap hari. Ya, blog bahasa Inggeris ini memang aku terabai sebenarnya. Sebab itulah PR1 tu tak naik-naik sampai sekarang.

Oh ya, dan lagi satu aku sekarang ni suka tidur awal, sekitar jam 1 setengah dah dibuai mimpi (pukul 1 setengah pagi, awal apanya..hehe..). Dah tak ada lagi rutin masuk tidur jam 4 atau 5 pagi. Aku pun tak tahu sampai bila rutin harian ini akan berterusan. Yang penting, aku selesa dengan jam biologikal aku sekarang ini. 

Mungkin sudah sampai masanya untuk blog ini bersantai setelah 2 tahun dibangunkan. 2 tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk aku menjenamakan blog ini. Walaupun blog ini bukanlah blog yang popular ataupun blog otai, tetapi aku bersyukur kerana blog ini sudah mula dikenali. Forum WangCyber merupakan forum yang sangat berjasa mengangkat nama blog ini. Di forum itu juga aku mengenali ramai otai-otai usahawan tempatan yang sudah menjana ratusan ribu ringgit dan mungkin ada yang sudah menjadi jutawan pun (tapi takut nak declare sebab kena bayar cukai kot..hehe). 

Lain-lain perkembangan, aku kini sedang cuba menyiapkan satu ebook dalam niche buat duit. Entah bila nak siap sebab asyik postpone nak buat. Ianya adalah case study yang aku alami sendiri. Nanti kalau dah siap ebook tu, aku akan buat pengumuman kat sini. Ini juga satu faktor yang menyebabkan aku kurang mengemaskini blog itu. Oh ya, kepada yang menghantar mesej di facebook, jangan ambil hati kalau aku tidak membalas mesej korang. Sebenarnya, ada mesej yang masuk dalam bahagian "Other" dan bukannya bahagian "Inbox", jadi bila aku buka ada yang dah sebulan dua pertanyaan yang diajukan kepada aku. Jadi mungkin korang yang hantar email tu pun dah lupa. Paling mudah korang add saja aku sebagai friend, jadi mesej yang korang hantar tu akan masuk terus ke bahagian Inbox.

Wah, terpanjang pula entri aku kali ini. Semuanya hanya berkisarkan kisah empunya blog ini kan. Minta maaflah korang terpaksa membaca entri ini sampai habis..hehe.. Sekian dulu untuk kali ini. Semoga korang sentiasa sihat ceria di hari Rabu ini. Oh ya, gambar yang aku kongsikan di sini adalah gambar-gambar yang diambil semasa aku berada di perantauan pedalaman Keningau tempoh hari. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails