TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, June 9, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Jun 2011..dan seterusnya..

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Jun 2011..dan seterusnya..

Salam sejahtera untuk semua pembaca dan juga pelawat yang sentiasa datang ke blog Bluedianthus Dot Com ini. Semakin liat rasanya aku nak mengemaskini blog walaupun dalam hati ini banyak perkara yang nak aku ceritakan. Komen-komen yang ada sepeninggalan aku dari dunia blogging pun belum berbalas. Kemaskini akaun Nuffnang untuk minggu pertama bulan Jun ini juga aku terlepas untuk menerbitkannya. Tapi tak mengapalah, aku hanya akan update untuk minggu kedua ini saja. Lagipun tidak ada banyak yang berubah.Sudahnya entri yang mungkin aku terbitkan pun ringkas saja. Mungkin aku patut mengambil tempoh bertenang? Hmm...


Seperti mana yang korang lihat di atas, BE ke-52 iaitu Celcom Kolony II (second Batch) telah pun menjadi metered earning. Tinggal 2 lagi BE yang masih berjalan iaitu Mamil Gold (yang buat masa ini aku tak nampak pun kat SkyScrapper) dan juga Celcom iPhone 4 Phase 2. Terima kasih selalu kepada pihak Nuffnang yang masih memberikan BE ini walaupun aku akui blog ini kurang pelawat. Nak harapkan subscribers datang ke blog tiap-tiap hari pun mustahil juga sebab aku jarang nak mengemaskini blog. 

Rasanya itu saja yang dapat aku kongsikan kali ini. Mengenai Adsense pula, aku gembira earning semakin naik lagi. Walaupun semasa aku berada di pedalaman, earning Adsense masih bergerak. Kalau gerak 1sen pun aku dah bersyukur. 1sen tu pun duit tau. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku kongsikan bersama dengan korang bila aku ada masa nanti mengenai Adsense ini. Aku cuma banyak melakukan proses try and error, jadi aku tak tahu produk mana yang paling sesuai untuk digunapakai. Yang pasti, SEO tu memang penting. Ok, aku belum mendapat bayaran pertama pun dari Google untuk Adsense ini, jadi aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Tunggu dan lihat dulu samada aku berjaya mendapatkan duit Adsense ini atau tidak. :)
Earning terkini Adsense

Perkongsian Adsense tu bukan nak menunjuk-nunjuk ya, ini ikhlas aku cakap. Lagipun, kemaskini Nuffnang pun ringkas, saja nak bagi panjang entri untuk kali ini. Oh ya, dan satu lagi ialah aku ada menerima email mengenai pengiklanan di blog dalam bentuk CPL. Kalau ada sesiapa yang sudah pernah menerima email sebegini bolehlah bagitau aku prosesnya ya. Di bawah ini adalah email yang aku terima.

p/s: Microworkers telah berubah wajah, ada banyak penambahan. Perlukah aku tulis ebook? Hmm..
p/p/s : Nantikan malam ini ada 1 review menyusul..

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus Kembali!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails