TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, June 21, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Jun 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Jun 2011

Salam sejahtera dan selamat hari Selasa aku ucapkan kepada semua yang masih setia menemani Bluedianthus Dot Com di sini. Pagi tadi aku bawa adik bongsu ke klinik sebab dia rasa tak sedap badan. Paling aku ingat soalan doktor tu ialah, "Di rumah ada pelihara kucing?". Lepas tu, aku dan adik saling menjeling sambil senyum. Ada 7 ekor kucing kat rumah ni, mana nak simpan. Mungkin hujung minggu ni  terpaksalah kami bawa kucing-kucing tu ke kampung. Hmmm..

Seperti biasa aku mengemaskini akaun Nuffnang aku.Terdapat penambahan earning CPC hasil blog ini dan juga blog bahasa Inggeris aku. Syukur. Iklan Buffered Earning ke-50, Mamil Gold masih tak muncul-muncul lagi sejak beberapa minggu lepas. Jangan tanya aku, aku pun tak tahu..hehe.. Iklan BE ke-51 juga mungkin tak lama lagi akan jadi metered earning rasanya. Berita gembira, blog ini mendapat BE terbaru, BE ke-53 iaitu iklan P14G. Iklan ini adalah jenis Grapevine. Sesiapa yang masih tak tahu tentang Grapevine ni boleh search di Google. Aku rasa ramai blogger yang dah jelaskan tentang Grapevine ni di blog mereka.
BE ke-53, P14G (Grapevine)

Aku berterima kasih banyak kepada Nuffnang kerana masih sudi memberikan BE kepada blog ini walaupun aku jarang mengemaskini blog baru-baru ini. Apatahlagi berblogwalking, sampai ada yang hantar email bertanyakan kenapa aku tak berblogwalking untuk bulan Jun ini. Tanya samada aku sakit ataupun sibuk. Ada lagi yang email samada aku sudah ingin bersara dari dunia blogging. Aku memang terharulah dengan semua email yang dikirimkan. Aku baru saja bertatih dalam dunia blogging ini, nak bersara dari dunia blogging ini, mungkin lama lagilah. Selagi ada sesuatu yang boleh aku kongsikan dengan semua pembaca aku di sini, selagi itulah aku akan terus menulis dan menulis dan seterusnya memperbaiki penulisan aku. Terima kasih semua kepada yang sudi ambil berat dengan aku di sini. Aku hargainya. 

Oppss..kembali semula kepada kemaskini Nuffnang. Iklan Grapevine terletak pada bahagian SkyScrapper dan bersambung dengan iklan di bawah SkyScrapper. Boleh lihat gambar kat bawah ni. Iklan BE jenis Grapevine ni bersifat serampang 3 mata, 2 untuk pemilik blog dan 1 lagi untuk pembaca blognya.  Kalau korang tak klik iklan aku pun, aku masih akan mendapat earning, itu satu. Kalau pembaca share iklan ni di Facebook, Twitter, MSN ataupun email, aku masih akan mendapat earning tetapi earning tersebut dikreditkan di akaun ChurpChurp aku, bukannya akaun Nuffnang aku. Satu lagi ialah pembaca yang share iklan itu tadi juga akan dapat earning. Aku tulis pembaca sebab kalau pembaca tu tak ada blog, dia masih boleh menerima bayaran. Itu menurut pengalaman aku. Jadi sesiapa yang menjadi pembaca blog ini, peluang buat duit ada di depan mata. Tapi ingat, jangan spam sudahlah ya. :)
Interframe pula Daddy aku dalam screenshot ni..hehe..

Dulu mula-mula waktu ada iklan Milk A Deal a.k.a CPA ni, aku memang cukup tak suka sebab design  banner tu tak berapa nak menarik perhatian aku. Tapi sekarang mata aku ni dah boleh terimalah iklan Milk A Deal ni. Mungkin ramai yang akan abaikan saja iklan tu sebab kalau korang klik pun pemilik blog tu tak akan dapat earning pun, kecualilah korang ada buat action tertentu seperti memasukkan nama email atau membuat pembelian. Tapi aku tertarik dengan satu iklan tu dan menyebabkan aku terus klik bila nampak iklan tu. Ini dia..
Cuba teka kenapa aku suka iklan ni? :) 

Sekian dulu kemaskini entri pada hari Selasa ini. Semoga korang juga masyuk-masyuk selalu ya.Yang penting, teruskan berblogging. Blogging itu indah.. :)

Artikel Sebelumnya: Selamat Hari Daddy...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails