TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, June 16, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Jun 2011 dan Panduan Trafik Giler

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Jun 2011 dan Panduan Trafik Giler

Salam sejahtera kepada semua dan terima kasih sudi singgah untuk yang ke sekian kalinya di blog ini. Mudah-mudahan semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Hari ini fenomena lunar eclipse a.k.a gerhana berlaku lagi. Aku tengok proses gerhana bulan ni pun di Youtube saja. Proses gerhana tu pun berlaku sekitar jam 1 setengah pagi. Tapi pagi tadi angin kuat di Kota Kinabalu ni disertai dengan angin kuat. Masa tu aku tengah drive dalam jam 6 setengah. Cuaca memang lebih lain daripada biasa. Indah sungguh ciptaan Tuhan...kadang-kadang fenomena sebegini dapat mengingatkan kita siapa pencipta kita. Gambar bulan, bumi dan matahari yang sejajar di atas hanyalah sebagai pembuka cerita ya. :)

Tiada perubahan pada Buffered Earning (BE). Masih ada lagi 2 BE yang melekat di blog ini. BE ke-50 iaitu Mamil Gold masih tak muncul-muncul sehingga sekarang. BE ke-51 iaitu Celcom iPhone 4 Phase II di bahagian Large Rectangle sahaja yang masih aktif sehingga kini.  Syukur walaupun kurang berblogwalking sejak akhir-akhir ini, iklan BE ini masih lagi menerima bonus CTR. Terima kasih banyak-banyak untuk Nuffnang yang masih sudi memberi BE kepada blog ini ya. Selain itu, tidak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada salah seorang krew Nuffnang, Anne Cheah kerana sudi menjawab kemusykilan aku berkenaan dengan CPL. :)

Oh ya, berkaitan dengan cara grapevine berfungsi, korang boleh baca blog mohdzaid. Aku rasa semuanya dah lengkap kat entri mohdzaid tu. Jadi harapan aku kepada korang yang memberi mesej di facebook yang aku terlepas pandang tu (sebab masuk dalam Other, bukan Inbox), bolehlah membaca entri mohdzaid tu ya.

Lagi satu, siapa yang berminat untuk mendapatkan limpahan trafik, mungkin boleh cuba teknik yang diajarkan oleh saudara Fendy Aziz di WangCyber tu, memang berkesan teknik yang ditunjukkan sebab aku dah cuba. Panduan Traffic Gilerrr..!!! Agak sempoi tajuk produk tu kan. Tapi yang penting ianya berkesan. Aku tidak menerima sebarang komisyen dengan mempromosikan produk beliau. Apa yang bermanfaat, aku kongsikan dengan pembaca aku. Kalau nak beli atau tidak, terpulang dengan kehendak masing-masing. Aku juga ada memberikan testimoni produk ini di thread jualan produk tersebut. Secara umum, sumber trafik yang datang boleh diperolehi secara percuma dan berbayar. Apa yang aku lihat trafik yang datang sangat-sangat targeted untuk laman atau blog yang mempunyai niche yang spesifik. Mungkin korang berminat juga untuk mencubanya.

Artikel Sebelumnya: Masa untuk blog Bluedianthus bersantai...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails