TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 12, 2011

Home » » Panduan Hamil dan Bayi Sihat Kini Berada di Pasaran!

Panduan Hamil dan Bayi Sihat Kini Berada di Pasaran!

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Hari ini adalah entri pertama aku dalam minggu kedua Mei. Kemaskini Nuffnang pun belum dibuat. Mungkin malam ini kemaskini ringkas akan diterbitkan. Berikan laluan untuk entri review dulu ya. Review kali ini sangat-sangat berkait rapat dengan iklan Buffered Earning (BE) Mamil Gold yang masih berjalan lancar di blog ini. Ianya merupakan produk sulung seorang usahawan Internet tempatan iaitu Ebook Panduan Hamil dan Bayi Sihat.

Pertama sekali, tahniah aku ucapkan kepada saudara Borhan Md Nor kerana telah berjaya menyiapkan satu panduan yang berguna untuk ibu dan bakal ibu yang mengandung. Buku ini juga amat sesuai bagi mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ok, aku memang belum berkahwin lagi. Mengapa? No comment, jawapan standard, hehe..

Pengalaman hamil merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi ibu-ibu. Setiap wanita tidak akan lengkap hidupnya tanpa mengalami situasi hamil ini. Aku dapati banyak panduan untuk ibu mengandung yang terdapat di pasaran luar negara tapi di Malaysia ini kurang dan jarang ada panduan sebegini. Apa yang banyak di pasaran Malaysia adalah ebook buat duit sedangkan sebenarnya masih terdapat lagi banyak niche-niche tertentu yang boleh diterokai. Dengan terhasilnya Panduan Hamil dan Bayi Sihat ini telah memeriahkan industri ebook di Malaysia. 

Aku telah pun membaca ebook ini, walaupun aku belum berkahwin tetapi banyak aku belajar semasa pembacaan aku. Terdapat beberapa istilah yang kurang difahami. Tetapi jangan risau, bila dah mengalami situasi sebegini, doktor yang bertanggungjawab akan memberikan penerangan yang jelas untuk korang, yes for you women.
Siapa yang patut memiliki panduan ini? Dua-dua jantina yang berlawanan jenis perlu memilikinya. Pada pendapat aku panduan ini bukan hanya untuk bacaan kaum hawa saja ya. Kaum adam samada baru berkahwin ataupun bakal bergelar bapa juga sebetulnya perlu membaca panduan ini. Kenapa? Sepanjang proses kehamilan, emosi wanita hamil akan sentiasa berubah-ubah dan ini merupakan satu keadaan yang perlu diambil berat oleh pasangannya. Anak yang bakal lahir adalah hakmilik bersama dan pada masa inilah tugas suami sebagai pemberi semangat dan menjaga isteri yang sedang bertarung nyawa untuk bayi yang bakal lahir dalam kandungan.

Bercakap mengenai Panduan Hamil dan Bayi Sihat ini membuatkan aku berasa sebak pula. Terima kasih aku ucapkan kepada Mummy kesayangan  aku. Hari Ibu baru saja berlalu beberapa hari lalu. Sebenarnya sebagai anak, hari-hari yang kita lalui bersama ibu adalah Hari Ibu yang bermakna. Hargailah jasa ibu yang tidak mengharapkan sebarang balasan untuk segala kesakitan yang ditanggungnya semasa bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia. Mummy, I Love You, and thank you for taking care of me all this while.
p/s: Tidak lupa aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada Mummy kesayangan aku yang disambut dari 6-12 Mei setiap tahun. Mak korang pun jururawat korang juga tu, ingat! :)

Artikel Sebelumnya: Nian Di Hati

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails