TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, May 25, 2011

Home » , » Pakej Usahawan Blog: Sejauh Mana Keberkesanannya

Pakej Usahawan Blog: Sejauh Mana Keberkesanannya

Selamat hari Rabu aku ucapkan untuk semua yang masih lagi setia mengikuti perkembangan blog Bluedianthus Dot Com ini. Hari ini aku akan mempromosikan salah satu lagi produk keluaran saudara Amirul Hafiz, yang telah mencetuskan kontroversi dengan penghasilan produk Teknik Rahsia Nuffnang. Produk ini ada juga dapat respon dari ramai blogger tempatan dah juga blogger otai yang lain. Respon ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Memang asam garam dalam berniaga. Kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Memperkenalkan...Pakej Usahawan Blog.


Aku telah pun menelaah habis Pakej Usahawan Blog ini dan aku dapati produk ini adalah penambahbaikkan kepada produk yang telah dihentikan jualannya iaitu Teknik Rahsia Nuffnang (hidup perlu lebih inovatif kan). Tetapi ianya lebih menarik bila disertakan dengan beberapa teknik untuk menarik trafik ke blog selain 2 bab terakhir yang ditambahkan ke dalam ebook Usahawan Blog ini. Kalau tarik trafik tu memang korang akan taulah benda-benda dalam jaringan sosial kan, Twitter, Facebook, Youtube..cuma tak tau caranya macam mana saja kan. Disebabkan teknik trafik super itulah, aku dah mula kurang berblogwalking. Berblogwalking pun nak tanya khabar kawan-kawan blogger yang lain je sambil tinggal-tinggal komen. Kalau yang dah beli Teknik Rahsia Nuffnang tu mungkin boleh hubungi saudara Amriul untuk meminta diskaun kot, sebab korang pembeli berulang. Satu perkara yang terlintas di fikiran aku bila melihat nama produk ini, Pakej Usahawan Blog, aku ingat ini jual beli blog macam kat Flippa tu, hehe...  Silap pula.


Aku sentiasa memberikan review yang telus dan tidak kena mengena dengan komisyen affiliate yang aku nak hasil daripada pembelian korang. Jadi janganlah kes yang berlaku kepada problogger Rohaizad berlaku sama kepada aku. Boleh cuba cari dan baca entrinya bertajuk Aku Seorang Kroni kalau tak silap aku. Lagi satu, aku belum otai lagi, hehe.. Lagipun affiliate bukan sumber utama aku untuk menjana wang secara online. Korang juga boleh membeli Pakej Usahawan Blog ini melalui link affiliate usahawan Internet yang lain di WangCyber, ada banyak bonus bernilai ratusan ringgit yang ditawarkan. Kalau aku tawarkan bonus, korang nak tak? Aku sekarang ni tak ada masa nak buat web bonus untuk jualan affiliate ni. Masih mengumpul material. Tapi rasanya aku dah jauh ketinggalan dengan rakan-rakan usahawan yang lain.

Ok, cukup setakat itu. Aku nak ceritakan pula tentang modul-modul yang ada dalam Pakej Usahawan Blog ni:
1. Modul 1: Rahsia Kejayaan Blog.
2. Modul 2: Jana Income dari Blog Anda
3. Modul 3: Teknikal Blog
4. Modul 4: Pengenalan Blog
5. Modul 5: Rahsia Buat Duit Dengan Blog
Sepintas lalu, korang rasa modul 4 tu perlu jadi modul yang pertama tak? Secara logiknya begitu kan, tetapi modul pertama ada kepentingannya kerana ia perlu menimbulkan motivasi yang membaca terlebih dahulu sebelum masuk kepada perkara teknikal. Tapi aku rasa bagi blogger yang sudah lama berblogging rasanya tak ada masalah dengan modul Pengenalan Blog ini. Ok, pembangunan blog ini menggunakan platform Wordpress. Sesiapa yang belum mahir menggunakan platform Wordpress atau bercadang nak ada blog Wordpress, Pakej Usahawan Blog ini sangat-sangat membantu. Korang juga akan mengetahui beberapa plugin yang wajib korang pasang di blog untuk proses "blog make-up".

Blueprint dan pengalaman menjana duit melalui Case Study memang sesuatu yang mengujakan dan kita kena ingat pengalaman setiap kita yang cuba membangunkan sebuah blog memang berbeza. Bagi aku, panduan ini SANGAT sesuai untuk mereka yang berada pada tahap Newbie/Zero Knowledge dan Intermediate. Sila perhatikan ayat aku ye, ini bagi pendapat aku saja. Dan jangan fikir hari ni kita bangunkan blog, esok dah dapat duit ribu-ribu dalam akaun. Yang tu skim cepat kayap je punya style. Dengan memiliki blog, mungkin kita tidak akan dapat menjadi seorang jutawan, tapi dapat memberikan sedikit pendapatan sampingan. Alang-alang berblog biar sampai ada hasilnya kan. Bagi aku, kalau tak dapat duit pun, tidaklah kisah sangat sebab penulisan merupakan bidang kegemaran dan satu pleasure bagi aku sejak aku mengenali apa itu blog. Cuma satu saja pesan aku, berblogging saja seperti biasa. Kalau nak bangunkan blog niche kecantikan, berblogging saja seperti biasa. Nak buat blog tentang Kejuruteraan, Hartanah, silakan. Yang penting, berblogging dengan gembira, jangan bimbang belum ada income. Blog memerlukan masa untuk "matang" di mata advertiser dan syarikat pengiklanan. Setakat ini, aku rasa keberkesanan Pakej Usahawan Blog berhasil untuk aku. Siapa yang buat cepat dapat cepat kot, maklumlah algoritma Google ni kan sentiasa berubah. :)


p/s: Sedang menyiapkan bonus Pakej Usahawan Blog ini. Kalau jadi nak bagi, jadi la hehe.. Lagipun sibuk nak buat kerja freelance lagi ni. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku di halaman Contact.
p/p/s: Kalau korang, korang nak bonus apa kalau nak beli Pakej Usahawan Blog ini dari link aku? Contact je, kalau tak malu, komen je kat sini biar semua dapat baca permintaan korang tu..hehe

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mei 2011

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails