TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 29, 2011

Home » » Motivasi dalam berblogging

Motivasi dalam berblogging

Dalam semua perkara memerlukan sesuatu yang kita namakan sebagai booster atau pemangkin. Sesuatu itu dipanggil MOTIVASI. Kadangkala motivasi itu tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata sahaja. Ianya juga memerlukan sesuatu yang konkrit dan boleh dilihat. Motivasi juga mampu membuatkan seseorang itu berusaha menjadikan sesuatu yang dipercayainya boleh menjadi kenyataan. Begitu juga dengan aku. Aku sudah lama membaca, dan aku tidak mahu hanya kekal sebagai pembaca sahaja. Aku ingin menjadi seorang yang mengalami perasaan itu juga.


Hidup seorang blogger, untuk menulis sesuatu kita sebenarnya tidak memerlukan sebab. Dulu, aku menulis entri di dalam blog hanya sebagai tatapan aku semata-mata. Lama kelamaan aku sedar, dengan mempunyai blog juga kita mampu memberi perkongsian yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Setidak-tidaknya aku boleh memberikan buah fikiran aku untuk dikongsikan kepada semua yang membaca blog ini. Tidak kiralah samada berkongsi pengalaman, kegembiraan, kesedihan dan seribu satu macam perasaan yang hadir di dalam hati. Itu adalah satu kekuatan yang ada pada blog peribadi.Jadi, jangan pandang rendah kepada blog yang lebih terarah kepada niche PERIBADI. Sebenarnya, peribadi itulah yang menyebabkan sesebuah blog itu hidup dan unik.

Sekarang cuba renungkan kembali kehidupan kita sebagai seorang blogger, renung kembali entri-entri kita yang lepas. Adakah sepanjang 5 bulan dalam tahun 2011 ini entri kita telah memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca blog kita. Adakah kita menerapkan sesuatu yang mampu dijadikan sebagai booster dalam kehidupan masing-masing? Dunia zaman ini sangat-sangat dahagakan sesuatu yang dinamakan sebagai INFORMASI. Adakah blog kita telah cuba untuk memberikan sesuatu input yang mungkin berguna?

Mungkinkah motivasi berblogging korang adalah disebabkan korang boleh mendapatkan duit sampingan hasil dari berblogging ini? Ya, tentunya ia adalah satu faktor yang menyumbang kepada sebab mengapa kita berblogging. Tapi, ianya bukan satu faktor yang utama. Hendak lama dalam dunia blogging, satu niat yang betul perlu diterapkan ke dalam diri. Aku bukanlah seorang yang sudah lama berblogging, tetapi aku juga bukanlah seorang yang baru seminggu dua berblogging. Aku bukan newbie dan aku juga bukan otai. Blogging juga bukanlah aktiviti sepenuh masa aku. Tapi ada sesuatu yang aku pelajari dalam dunia blogging. Aku belajar untuk bersahabat dengan insan lain yang bernama blogger. Dan itu sesuatu yang cukup mengujakan aku kerana aku dan mereka ini sekurang-kurangnya aku tahu mempunyai aktiviti yang sama iaitu blogging. Dan itu sudah cukup membuatkan aku rasa selesa untuk bertanya khabar dengan mereka di chatbox dan memberikan komen di dalam blog mereka. 

Tidak kira, kita dalam dunia maya atau tidak, jangan kita lupa blogger ini sebenarnya masih lagi seorang manusia biasa. Ada yang menjadi dirinya sendiri dan ada juga yang mungkin tidak mahu personalitinya diketahui orang lain. Berblogging juga mampu melatih sifat insaniah seseorang. Blogging juga mendidik kita bahawa kebebasan itu juga ada batasnya. Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang yang bermata dua. Adakalanya kita perlu tahu keterbatasan perkataan BEBAS dalam konteks demokrasi. Blogging juga mempunyai kod etika yang perlu dijaga. Aku sedih melihat ramai blogger yang tidak menjaga tutur kata dalam menyusun ayat. Bahasa itu sepatutnya indah. Ramai blogger sudah mula mendapat perhatian di media? Kenapa? Kerana kelancangan mulut yang berbicara mengikut emosi sendiri. Sudahnya, mendapat tindakan undang-undang.

Aku harap tidak akan ada lagi blogger yang mengikut jejak langkah mereka ini dan aku harap yang telah dikenakan tindakan sedar akan kewujudan undang-undang. Memanglah ada satu masa itu kita akan berasa geram dan rasa nak luahkan semuanya di diari elektronik ini. Mungkin penulisan itu melegakan hati dan perasaan, tapi kita perlu juga memikirkan kesan daripada penulisan kita itu terhadap masyarakat sekeliling dan juga pihak berwajib. Ada perkara yang hanya perlu ditulis di dalam diari offline sahaja. Fikirlah dengan mata hati, berfikir dua kali sebelum dipersalahkan berkali-kali.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails