TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 26, 2011

Home » , » Lagi-lagi buat duit online, fikir positif!

Lagi-lagi buat duit online, fikir positif!

Mungkin ada yang membaca tajuk entri pada kali ini akan berasa bosan dan menyampah sebab tidak ada lain yang diperkatakan di blog selain cari duit online. Oh tidak, blog Bluedianthus ini tidak hanya akan memberikan informasi mengenai buat duit melalui blog saja. Fikir positif ok. Banyak yang aku kongsikan sebenarnya kalau korang adalah pembaca tegar blog ini. Blog ini adalah blog peribadi dan pemilik blog ini mempunyai kuasa veto untuk bercerita tentang apa saja..hehe.. Tetapi korang tidak akan jumpa entri yang berunsurkan politik, perkauman ataupun keagamaan di sini. Minta maaf banyak-banyak la ya. Lagi satu, korang juga sebenarnya boleh buat request nak aku terbitkan entri yang bagaimana dalam blog ini. Itupun kalau aku rasakan bermanfaat untuk dikongsikan kepada lebih daripada 1K subscribers blog ini.


Ya, rasa teruja aku untuk berkongsi mengenai pendapatan online yang aku terima pada hari ini. MicroWorkers, telah menghantar pembayaran yang ketiga kepada aku melalui Paypal. Mungkin bagi korang $30.44 tu sedikit nilainya tetapi bagi aku, bermakna dan manis untuk aku. Ini adalah hasil sebulan aku buat kerja bila ada masa terluang. Tadi masa cairkan duit masuk ke Maybank, kadar tukaran matawang $1 = RM2.97744, naik sikitlah nilainya. Lepas tolak caj Paypal RM3, dapatlah dalam RM87.63. Syukur..
Kebanyakan kerja yang aku lakukan adalah yang melibatkan blog. Tulis sekitar 50 patah perkataan, publish kemudian tunggu duit dikreditkan dalam akaun MicroWorkers. Paling best bila dapat kerja letak link di blogroll, kemudian dapat $2.50. Tapi blog tu kenalah hebat, PR3. Kalau PR4 harga link tu $3. Senang-senang je dapat duit dollar. Duit dollar memang best sebab 3 kali ganda nilai duit Malaysia. Setakat 4 bulan ini saja, aku sudah mendapat sebanyak $99.22 daripada MicroWorkers ini. Lebih kurang MYR295.37 duit malaysia. Nak campur dengan cek pertama dan cek kedua Nuffnang aku pun belum sebanyak ini.


Itulah pengalaman aku sebagai seorang blogger yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan sampingan menggunakan dunia blogging. Tetapi apa yang aku rasakan yang paling memberikan pulangan lumayan setakat ini adalah kerja freelance memberikan servis. Hanya fokus melakukan kerja yang diamanahkan dan sampai masanya nanti bayaran boleh mencecah sehingga RM400. Ya, ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian dan aku sudah pun mengalaminya sendiri. 

Berbalik kepada Microworkers ini, sebenarnya ia adalah satu tugas mudah yang memberikan korang peluang untuk merasa duit dollar. Tapi perkara wajib yang korang kena ada sebelum join program ini ialah korang mesti ada akaun Paypal. AlertPay ataupun MoneyBookers. Bagi aku, aku sangat-sangat menggalakkan korang menggunakan paypal, sebab caj untuk pindahkan duit ke bank tempatan lebih RM3 saja untuk 1 kali transaksi. Kalau AlertPay, memang mahal cajnya, RM15, aku dah pernah kena. Jadi AlertPay ini bukan pilihan utama aku. Oh ya, kalau tak tahu macam mana nak pindahkan duit Paypal ke akaun tempatan, mungkin [TUTORIAL] Transfer Duit Paypal ke Maybank Account boleh membantu. Selamat mencari duit dari MicroWorkers ya. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails