TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 20, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Mei 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Mei 2011

Salam sejahtera dan selamat hari Jumaat aku ucapkan untuk semua. Pagi ini aku ambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku. Sebelum itu, aku ucapkan takziah kepada keluarga seorang blogger, pemilik blog TelorDiBasuh yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah selalu juga singgah di blog ini bertanya khabar. Tidak sangka dalam usia yang begitu muda, dia telah pergi untuk selama-lamanya. Aku lihat di hari-hari terakhirnya, dia banyak mengemaskini blog. Tapi tak perasan pun yang dia sebenarnya sedang sakit.

Baiklah terus kepada kemaskini Nuffnang, aku ni tak boleh lama-lama nak cerita tentang orang yang dah "pergi". Sedih... Apapun, semoga keluarga arwah tenang dan redha menghadapi pemergian arwah. Ok, perkembangan terkini akaun Nuffnang aku. Buffered Earning(BE) ke-50 iaitu Mamil Gold masih lagi berjalan dengan lancar di blog ini. Kadang-kadang iklan tu ada, dan kadang-kadang ada ja memanjang di bahagian SkyScrapper. Mungkin Mamil Gold ni jenis expanding ads.
 Dapat Buffered Earning baru lagi.

Berita gembiranya ialah blog ini telah mendapat Buffered Earning ke-51 iaitu Celcom iPhone 4 Phase II di bahagian Large Rectangle. Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang. Walaupun keadaan trafik di blog ini tak menentu sebab aku jarang berblogwalking hampir seminggu, Nuffnang masih sudi nak berikan iklan BE ni. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan iPhone 4 ini dengan pelan harga yang menarik bolehlah ke bahagian Celcom Smartphones.
BE ke-51 : Celcom iPhone 4 Phase II. Terima kasih Nuffnang

Ok, sekian saja kemaskini ringkas akaun Nuffnang aku, mudah-mudahan korang juga masyuk hendaknya. Bila dah dapat earning yang masyuk tu, jangan lupa derma-derma la pada pihak yang memerlukan. Bila tangan kanan menderma, pastikan tangan kiri tak tahu. Salam sayang dari Bluedianthus Dot Com untuk semua blogger dan pembaca blog ini. Jangan lupa jaga kesihatan tu selalu ya.

p/s: Nak ubah keadaan bilik korang? Nuffnang ada menganjurkan contest dengan kerjasama Nippon Paint. Boleh baca artikel Fancy A Room Makeover worth up to RM5,000? Make It Happen With Nippon Paint!
 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails