TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 23, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mei 2011

Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mei 2011

Cepatnya masa berlalu kan. Hari ini dah hari Isnin, semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat. Hari ini aku batuk-batuk dan rasa nak demam balik pula. Ingatkan dah nak baik. Rupanya masih kena teruskan makan ubat. Tapi tak nak layan sangat sakit tu nanti melarat pula jadinya. Lebih baik aku update dulu akaun Nuffnang aku. Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu kalau ada jejak kawan-kawan yang tidak aku balas. Komen-komen yang ada pun belum sempat aku balas, malam ini aku kan cuba untuk membalasnya. Terima kasih kerana sudi juga melawat dan membaca entri Bluedianthus Dot Com ini.



Ok, seperti mana yang korang lihat pada screenshot di atas, iklan Buffered Earning (BE) ke-50 masih lagi direkodkan berjalan di dalam blog ini walaupun sudah lama aku tak nampak iklan tu muncul di blog ini. Jadi, sahlah bahawa iklan Mamil Gold ini memang iklan berjenis expanding ads. BE ke-51 iaitu Celcom iPhone 4 Phase II juga masih berjalan. Terbaru, iklan BE ke-52 diperolehi oleh Bluedianthus Dot Com, iklan Celcom Kolony Phase II (2nd Batch) juga di bahagian Large Rectangle. Hairan juga aku kenapa banyak iklan fasa kedua, second intake pula tu. Kenapa aku tak dapat iklan first intake? Mungkin blog ini masih belum gah di mata Nuffnang dan advertiser. Apapun, aku masih bersyukur kerana Nuffnang kerana tidak putus-putus memberikan BE ke blog ini. Lebih-lebih lagi hanya 3 entri yang aku terbitkan minggu lepas. Bertambah semangat nak kemaskini blog ini. :) Lepas ni, aku nak iklan Advertorial pula, hehe.. Tapi kalau kat Sabah ni, susah sikit nak dapat iklan Advertorial. Dulu dapat iklan Advertorial pun sebab faktor demografik.

Buffered Earning ke-52 : Celcom Kolony Phase II (2nd Batch)

Aku ada buat ulasan sedikit mengenai Kolony ini beberapa minggu lepas. Kolony ini merupakan satu lagi medium sosial yang dicipta menggunakan medium SMS. Cara pendaftarannya cukup mudah, hanya taip KOLONY [jarak] NAMA dan hantar ke 25333. Korang juga boleh login ke laman web Kolony. Aku sudah pun daftar beberapa minggu yang lepas dan masih belum ada yang nak jadi friends aku, hehe.. Pada pendapat aku, pihak Celcom patut dedahkan lebih banyak lagi tentang ciri-ciri Kolony ni. Sebab aku rasa masih ramai yang blur tentang benda ni. Pendekatan ini merupakan salah satu lagi langkah Celcom untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Mungkin lepas ni Digi pun nak buat rangkaian sosialnya sendiri melalui SMS, siapa tahu kan?

Sekian saja kemaskini Nuffnang kali ini. Semoga korang pun masyuk-masyuk juga hendaknya. Mudah-mudahan. Selain daripada itu, ada beberapa berita gembira mengenai dunia cari duit online ini. Ada masa aku akan kongsikannya dengan korang semua. Teruskan bersama Bluedianthus Dot Com..terima kasih.

p/s: Masih sedih sebab blog bahasa Inggeris belum dapat BE sejak berpindah hosting. Dulu dapat juga 2 BE walaupun tak dapat CTR.

Artikel Sebelumnya: Di kala kita tersenyum..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails