TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, May 12, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Mei 2011 dan Perkembangan Terbaru Nuffnang

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Mei 2011 dan Perkembangan Terbaru Nuffnang

Entri ini merupakan entri kedua pada hari Khamis ini. Memang lama tak mengemaskini blog. Kelmarin pun blog ini baru saja pulih daripada serangan Malware. Terima kasih kepada saudara Titan yang memberi peringatan akan kehadiran malware ini. Malware ini datangnya daripada URL banner dan aku telahpun menghubungi pelanggan yang menempah slot iklan banner di blog ini dan masih menanti maklumbalas. Jom kita ke kemaskini akaun Nuffnang dengan pantasnya. :)


 Terima kasih Nuffnang!

Seperti yang korang lihat, iklan Buffered Earning ke-50 iaitu Mamil Gold di bahagian SkyScrapper masih lagi berjalan di blog ini. Agak lama juga iklan BE ini ya. Biasalah, Dumex kan banyak kos pengiklanan. Kalau korang tengok TV3, mesti akan nampak iklan Mamil ni kan. Maksudnya pihak Dumex ni bukan saja menggunakan pengiklanan melalui blog, banyak lagi medium yang mereka gunakan. Jadi sebagai blogger, aku rasa sedikit berbakti juga untuk menyedarkan orang ramai mengenai kehadiran Mamil Gold di pasaran.:)

Selain daripada itu, aku melihat agak banyak juga iklan yang dipaparkan. Rezeki murah untuk Nuffnang bulan ni sebab banyak dapat advertiser, syukur. Nanti para blogger pun akan dapat tempiasnya. Semoga maju jaya aku ucapkan. Sedikit berita menarik, Nuffnang telah melangkah setapak lagi dalam dunia pengiklanan yang kini memberikan peluang kepada pembaca blog untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Ini juga satu berita gembira untuk yang sentiasa membaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga masyuklah kita bersama hendaknya.. Mudah-mudahan. :)
Memperkenalkan, Nuffnang Grapevine!

Grapevine merupakan satu penambahan kepada iklan SkyScrapper yang ada di blog kita. Jadi kalau ada benda yang baru dan berbaloi untuk korang kongsikan bersama dengan kawan-kawan dan kenalan, korang boleh kongsikan terus dari blog yang korang lawati. Paling best, sesiapa yang tidak berdaftar dengan Nuffnang juga boleh mendapatkan ganjaran dengan berkongsi benda baru yang menarik yang diperkenalkan oleh Nuffnang. Syaratnya mesti ada akaun Twitter ataupun Facebook. Setiap klik unik daripada perkongsian korang itu akan dikira. Pandangan peribadi aku, GrapeVine ni memakan ruang yang agak besar di bahagian sidebar. Nanti apa pula kata pengiklan yang menggunakan direct-advertising di blog aku ni kan. Apapun, aku masih akan mencari ruang yang sesuai meletakkan fungsi GrapeVine bersama-sama dengan iklan SkyScrapper ini di blog supaya pembaca aku pun dapat juga mengalami perasaan cari duit online seperti aku. Mudah-mudahan. :)

Tak ada blog? Macam mana nak claim bayaran? Mudah, isikan saja email dan selebihnya akan diuruskan oleh pihak Nuffnang. Macam mana dengan blogger? Blogger pun akan mendapat earning daripada klik yang dikongsikan oleh pembaca blog korang. Win-win situation bukan? Tapi boleh fikir siapa yang dapat banyak untung kat sini? Blogger la kan.. hehe.. Siapa yang belum ada blog tu, mulakan sekarang, tak kisahlah blog percuma atau berbayar. Yang penting, biarlah yang dapat memberikan panduan kepada pembaca. Kalau blog artis, gosip dah banyak dah kat dunia blogging ni. Buatlah blog yang lain dari yang lain pula, ada identiti kata orang. :) Nak tahu lebih lanjut sila baca pengumuman ChurpChurpGrapeVine.

Terlanjur bagitau tentang ChurpChurp ini, di sini aku kongsikan earning ChurpChurp aku. Masih ada sedikit lagi perlu ditambah untuk mencapai tahap cashout. Untuk pengetahuan, aku memang tak berapa suka nak promosikan URL affiliate ChurpChurp ni. Aku lebih kepada assignment  yang ditugaskan ChurpChurp kepada aku. Jadi slow and steady saja la. Lagipun aku memang suka nak mengarang ayat 140 karakter ni. Memang mencabar sebab kena kreatif masa nak buat ayat tu. Guna shortform pun mesti yang mudah difahami oleh kawan-kawan yang jadi follower aku dalam Twitter. Boleh jadi follower aku kat Twitter kalau nak tau perkembangan semasa dan live daripada aku. Paling banyak aku buat tweet ialah semasa aku offline dan berada di kampung. Nak on Broadband pun, boleh tertidur nak tunggu loading Google..huhu..

p/s: Minta maaf sebab belum membalas semua komen yang ada..malam ini aku akan cuba balas. Terima kasih kerana sudi membaca blog Bluedianthus Dot Com ini. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails