TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 29, 2011

Home » » Bersyukur apa adanya dirimu..

Bersyukur apa adanya dirimu..

Ketika korang sedang membaca entri ini, aku mungkin sudah berada di kawasan pedalaman dengan selamatnya, mudah-mudahan. Kalau masa sekarang ni mungkin aku dah tidur la kot. Kawasan pedalaman ini adalah di bahagian Keningau, Sabah dan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk sampai. Kampung Katalirus, ya, itulah nama kampung tempat aku tidur untuk 2 hari ini. Untuk pengetahuan, sepanjang 3 jam perjalanan, tidak ada satu pun kawasan jalan raya yang berturap. Dulu masa pertama kali aku ke kampung, kereta Hilux pun tersekat sebab masa tu musim hujan, kereta kecil memang akan berkubur kalau melalui kawasan tersebut.Pengalaman aku tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman seperti kg. Katalirus mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku miliki pada hari ini. Bersyukur kerana aku tidak tercicir dari arus pembangunan dan menikmati tahap pelajaran yang baik. Nak tahu sesuatu, budak-budak perempuan kat sana, kalau dah akil baligh ataupun berusia 13 tahun ke atas akan dikahwinkan oleh ibubapa mereka. Dalam usia semuda itu, aku rasa mereka tidak akan mampu survive. Kedatangan rombongan kami pada kali ini sebahagiannya adalah untuk memberi pendedahan dan berbincang kepada ibubapa di sana pentingnya pendidikan untuk mengubah taraf hidup di samping memberikan sedikit pertolongan kepada kanak-kanak di sana dari segi pelajaran. Semoga dengan sedikit bantuan ini akan memberikan mereka semangat untuk terus mengubah nasib hidup mereka Mudah-mudahan. :)

p/s: Gambar ni bukan kat kampung Katalirus ya, tapi ini masa aku bersama-sama dengan kanak-kanak di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, masa tu ada piknik. Jumpa muka aku tak? Yang paling hujung sebelah kiri, muka tak nampak sepenuhnya..hehe..

Artikel Sebelumnya: Motivasi untuk berblogging

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails