TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, May 30, 2011

Home » , » Apa khabar earning Adsense?

Apa khabar earning Adsense?

Hari ini dah hari Isnin, entri ini masih lagi diterbitkan secara autopublish, jadi jangan hairan kalau ada komen korang yang belum dipaparkan di entri sebelumnya ya. Rajin betul aku mengemaskini blog ini walaupun aku berada beratus-ratus batu jauhnya dari rumah dan berjuta-juta batu dari dunia online. Aku harap entri ini diterbitkan mengikut jadual yang telah aku tetapkan. Kecualilah kalau blogger.com ini ada masalah lagi, ataupun aku yang tersalah set masa untuk entri ini diterbitkan.. Oklah, oleh sebab aku tak dapat nak mengemaskini akaun Nuffnang aku seperti biasa pada hari Isnin ini, aku hanya ingin berkongsi earning Adsense aku setakat ini. Kalau nak tahu adakah aku telah melepasi minimum bayaran Google Adsense untuk kali pertama, bolehlah klik baca selanjutnya ya.. 


Seperti mana yang korang lihat di bawah, aku sudah pun melepasi tahap minimum pembayaran iaitu sebanyak $100. Masa ini aku telah menyemak kadar tukaran matawang asing untuk Dollar di bank CIMB, USD1 = RM3.075. Jadi kalau $114.70 tu adalah lebih kurang RM352++ kan. Entah dapat atau tidak. Apapun, kalau dah dapat payment, korang yang menjadi pembaca dan subscribers setia blog ini yang akan tahu dulu. Yang penting, aku memang teruja melihat earning Adsense semakin menaik. Mudah-mudahn selepas aku kembali, earning ini makin naik dan naik lagi. Mudah-mudahan.. Rahsianya, aku banyak membaca dan juga melakukan try and error. Aku juga banyak blog yang mempunyai niche evergreen. Ni problogger Rohaizad yang ajar. Kemudian, aku juga telah membeli produk Nurul Aswani iaitu Kod Adsense. Ia banyak membantu. Kemudian aku juga telah mendapat coaching percuma dari saudara Zeddy dan juga telah membeli Personal Coaching melalui ebook dari seseorang yang mempunyai perwatakan yang sentiasa suka berkongsi di WangCyber. Aku juga banyak membaca ebook percuma dan maklumat percuma di Google, tak kira bahasa Melayu atau Inggeris. Ada yang berkesan dan ada yang tidak. Yang penting aku enjoy melakukannya.
$114.70 yang bermakna!

Ok, sekianlah laporan earning Adsense aku yang tak seberapa. Masih jauh lagi untuk mendapatkan bayaran setiap bulan daripada pihak Google. Apapun, aku makin bersemangat untuk mendapatkan bayaran yang seterusnya.  Untuk pengetahuan korang, akaun Adsense aku belum sudah berusia setahun lebih. Setahun yang pertama aku biarkan saja akaun ini kerana aku dah putus harapan sebab earning tu nak dapat 1 sen pun punyalah payah. Tapi, bila baca kejayaan orang lain yang memaksa Google membayar mereka, aku jadi hairan kenapa aku tak boleh. Sudahnya, kerja aku membeli ebook untuk mendapatkan rahsia otai-otai yang dapat earning masyuk setiap bulan, Ada yang boleh dapat $1K sebulan. Aku kalau dapat $100 sebulan pun dah bersyukur. Apapun, semuanya adalah kenangan manis buat aku yang baru bertatih di dunia blogging ini. Banyak benda baru yang aku terokai. Blogging itu indah kan.. :)

Artikel Sebelumnya: Bersyukur apa adanya dirimu..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails