TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 1, 2011

Home » » Permainan Domain?

Permainan Domain?

Sesibuk mana pun keadaan...aku masih sempat meluangkan masa menjenguk dan membaca blog-blog yang menarik perhatian aku. Tidak lupa juga aku menjadi silent reader di universiti maya aku yang sudah pun mempunyai logo yang baru untuk tahun 2011 ini. Tahniah aku ucapkan untuk tuan Shuth yang sibuk maintain forum yang best tu. Apa yang tak bestnya hari ini ialah aku dapat email dari Namecheap.Com tentang Bob Parsons, CEO GoDaddy.Com tembak gajah di Afrika. Setahu aku, gajah-gajah di Afrika tu ialah haiwan lindungan dan tak boleh dibunuh sesuka hati. 


Masa ni la musuh ketat akan ambil kesempatan, CEO GoDaddy buat silap je, Namecheap.com  terus mengadakan promosi kalau nak pindah domain ke NameCheap dengan harga $4.99. Ni kod kupon promosi tu, BYEBYEGD. Sudah terang lagi bersuluh kan, GD = GoDaddy... Bermula minit ke 1:26 memang nak tergelak pun ada juga bila Bob Parsons diberi gelaran The Scummiest CEO of the Year oleh Timbalan Presiden PETA. Aku setuju dengan pendapat timbalan presiden banyak lagi cara untuk mengawal gajah yang sedang mengamuk. Contohnya tembakan ubat pelali. Tak payahlah nak bunuh-bunuh pula kan. Jawapan Bob Parsons di minit ke 1:51 tu memang aku tak boleh terima langsung la...sorry to say.. Ingatkan dia akan cakap perkataan ini awal-awal, "I'm sorry to create a big havoc here..", lepas tu barulah teruskan ayat. Aku harapkan CEO GoDaddy ni beringatlah dulu lain kali, silap-silap boleh jatuh perniagaan domain beliau kalau buat kesilapan sama lagi di masa hadapan.. Orang ternama ni kalau dah buat silap sikit, calitan silap tu besar akibatnya... Kalau orang biasa yang tembak gajah tu mungkin takkan keluar youtube pun kan video dia tembak gajah. Kan?

Aku bukanlah nak menyokong atau menghentam sesiapa, kita semua ada fikiran nak fikir mana yang baik dan buruk kan. Aku pun banyak domain kat GoDaddy tu. Ok, sekarang cuba kita buat anjakan paradigma sikit, betulkah seperti yang dinyatakan Bob Parsons dia hanya membantu rakyat di Afrika itu untuk mendapatkan sedikit makanan? Ada logiknya di sana, sebab aku tengok pun ada ramai yang berebut-rebut nakkan daging gajah kat dalam video tu. Kita tahu Afrika merupakan antara negara yang mengalami kekurangan makanan di dunia. Apapun, tak lama lagi mungkin Bob Parson akan buat entri tentang kes ini di blognya, kalau nak komen-komen kat blog CEO tu boleh ke BobParsons.me, boleh juga dapat backlinks dari PR6, hehe..

Pengajaran: Musuh sentiasa mencari kelemahan kita, sekali kita buat silap, di situlah musuh akan mengambil kesempatan di atas kita. Tapi, NameCheap memang ada bermotifkan keuntungan walaupun di dalamnya terselit satu projek amal kebajikan untuk membantu menyelamatkan gajah-gajah. Kalau Bob Parsons tak tembak gajah tu, rasanya NameCheap ni takkan buat promosi dan amal kebajikan macam ni kan? Hmm... Ok, buat masa ni aku tak ada konfrontasi nak tukar domain dari GoDaddy ke NameCheap, sebab aku ada beli domain kat dua-dua tempat ni. Ada hikmah tak di sebalik semua kejadian ini? Ada... Save The Elephants akan dapat bantuan. :) Kalau Bob Parsons tembak gajah lagi, aku akan fikirkan  untuk beli domain BobParsonAntiElephant.Com pula kat GoDaddy.Com, let's see kalau pihak GoDaddy approve.. Korang boleh baca isu semasa kat WangCyber mengenai isu GoDaddy tembak gajah!. Seperti biasa, masih suka dengan komen Donald Trump, nothing personal, it's just business (Sori WikiServo, quote dari thread, hoho..)

p/s: Come to think of it, this is the first time ever I embedded a video in this blog of mine. Yay!..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails