TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 21, 2011

Home » , , » MicroWorkers benar-benar membayar!

MicroWorkers benar-benar membayar!

Minta maaf sebab ada komen belum berbalas. Ada juga URL yang aku edit (terutamanya di bahagian "My recent post") sebab ingin mengelakkan keywords yang tidak baik datang ke blog ini. Ada di antara tajuk entri terbaru yang tidak berapa elok untuk dibaca. Dan ini aku tidak mahu ada keyword sebegini ada di blog Bluedianthus Dot Com. Bukan aku menghalang korang meletakkan URL entri terbaru korang, tetapi kalau tidak bersesuaian aku akan moderate terlebih dahulu. Jangan risau, URL korang aku takkan padam terus, paling kurang pun aku gantikan URL entri terbaru (permalink) dengan URL blog korang. Jadi, pembinaan backlink korang masih terjaga, jangan risau.. :)

Baiklah, ringkas saja kemaskini entri kali ini kerana entri ini adalah entri follow-up untuk entri Hidup Seorang Blogger: Susah sangat update blog?. Aku telahpun membuat dua kali cashout dalam akaun MicroWorkers.Com dan tak sampai 24jam pembayaran telahpun dilakukan. 

Pembayaran pertama MicroWorkers.Com ke akaun Paypal aku!

Pembayaran Kedua dari MicroWorkers.Com! Terima kasih!

Sekarang, bila dah dapat pembayaran, aku sahkan semasa entri ini diterbitkan, MicroWorkers.Com ini benar-benar membayar ahlinya. Siapa blogger tegar boleh cuba untuk cari duit online kat sini. Baru-baru ini aku ada membeli funds Paypal dari warga WangCyber. Rate USD ke matawang Ringgit Malaysia semakin murah 1USD = RM2.94 ~ RM3.05. Dulu paling tinggi RM3.4. Mungkin ekonomi Malaysia dah semakin kukuh sekarang. Kalau ada sesiapa yang nak simpan duit Paypal nak tunggu kadar tukaran matawang tu naik, aku nasihatkan cashout terus tak payah tunggu lama-lama. Bimbang nanti semakin susut nilainya. Sebab dulu aku pun ada habit macam ni, tunggu punya tunggu, nilai USD makin turun pula. Sekarang, dah ok. Lepas saja nilai $50, terus cashout.
Hari Isnin (25 April ni), masyuk..syukur.. Nak beli produk baik punya keesokan harinya.. :)

p/s: Sedang berjinak-jinak dengan AlertPay pula sekarang ni, konsep sama macam Paypal tapi nak transfer duit ke bank tempatan mahal betul caj, RM15...huhu..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails