TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 25, 2011

Home » » Merenung kesilapan diri..

Merenung kesilapan diri..

Kadang-kadang, kita berasa sesuatu tindakan kita itu sudah betul di mata kita. Kadang-kadang sesuatu yang kita lakukan itu kita fikir sudah memadai. Rasa macam perkara yang kita lakukan itu wajar dan perlu dilakukan. Kita berfikir itulah langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku di depan mata kita. Bila kita pasti kaedah itu berkesan, kita pun terus mengulang-ulang perkara yang sama dengan harapan kaedah yang kita gunakan itu akan memberikan hasil yang sepatutnya.. Malangnya, kita tersilap percaturan.. Namun, selagi ada masa untuk memperbaiki kesilapan, cubalah untuk menyelesaikan segala masalah yang ada dengan logik dan rasional. Tidak ada istilah terlambat dalam proses pembelajaran.

p/s: Entri ringkas pembuka bicara di hari Isnin.Hari ni rasa nak demam pula. Kemaskini Nuffnang ditunda.. Apapun, mood positif perlu diteruskan.. Motivasi perlu dijana setiap hari. Salam kejayaan untuk semua pembaca dan pelawat blog Bluedianthus Dot Com. :)

Artikel Sebelumnya: MicroWorkers benar-benar membayar!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails