TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, April 12, 2011

Home » , » Lagi Cerita Bluedianthus Bertukar Link

Lagi Cerita Bluedianthus Bertukar Link

Mungkin ramai yang tidak sedar aku ada meletakkan satu tab di bawah header blog ini iaitu bahagian "Backlinks". Aku tidak ada membuat entri khas tentang kewujudan bahagian ini. Kerana masih ada lagi bahagian yang belum berfungsi sepenuhnya dan masih dalam proses kemaskini. Kalau ada yang berminat boleh je bertukar link dengan Bluedianthus Dot Com.

Sebenarnya blog ini tidak ligat bertukar link, tetapi aku lebih banyak mengambil servis mendapatkan link dari WangCyber untuk menambahkan lagi backlinks blog ini. Semakin kuat backlinks, semakin baik kerana aku  mahukan yang terbaik untuk mereka yang beriklan di blog aku ini. Bukan berdasarkan keuntungan semata-mata. Adanya mereka yang menempah iklan dan servis review di blog ini bermakna aku harus memastikan kualiti blog ini terjaga. Tak ketinggalan juga aku mendapatkan servis SEO. Aku juga ada mencuba beberapa cara untuk mendapatkan backlink dengan membuat beberapa carian di Google. Lepas tu aku pun cuba saja dulu, berjaya atau tidak belakang kira...hehe.. Tahun lepas dan awal tahun ini blog ini telah bertukar link dengan beberapa link dari luar negara. Boleh baca entri "Bluedianthus bertukar link dan 2 rahsia naikkan earning Nuffnang" dan satu lagi entri serupa iaitu "Bluedianthus bertukar link lagi"

Kali ini juga, blog ini mendapat perhatian 2 lagi pemilik laman web dari luar negara. 
 

Satu lagi email yang aku terima bukan merupakan satu permintaan untuk bertukar link tetapi lebih kepada peluang untuk mendapatkan backlink yang baik.Win-win situation kata orang.
Kalau korang rajin, bolehlah baca keseluruhan email yang dikirimkan. Adakah selepas korang membaca email ini, wujud satu perasaan dihargai? Jujur, apabila aku membaca email ini aku berasa blog ini sangat dihargai. Apatah lagi blog ini menggunakan medium bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Oh ya, dulu blog ini ada entri berbahasa Inggeris, entri terakhir dalam bahasa Inggeris ialah "English Blog In The Making...". Lagi satu, blog ini masih dihostkan oleh Blogger, hanya menggunakan custom domain. Masih ada juga laman web yang sudi bertukar link dengan blog ini ya. Terharunya..

Aku belum berfikir untuk menghostkan sendiri domain ini. Cukuplah dengan blog-blog Wordpress aku yang lain yang menyerabutkan kepala aku untuk dikemaskini. Oh ya, blog mereka semuanya high PageRank PR ye. Ini bukan kes nak dapat PR3 blog ini untuk naikkan PR  website mereka. Apalah sangat blog PR3 macam aku ni, niche rojak pula tu..hehe.. Apa yang aku suka ialah cara mereka approach aku untuk meletakkan link mereka di dalam blog ini. Nak letak link, tak ada masalah boleh saja.Tapi biarlah link yang tidak melanggar terma dan syarat kan. Mungkin satu hari nanti, blog korang juga akan mendapat perhatian daripada orang luar negara. Mungkin ada yang akan menghantarkan email dengan harapan dapat bertukar link dengan blog korang. Jangan lupa untuk mengamalkan sikap bersopan santun. Kalau laman web atau blog mereka tidak sesuai diletakkan di blog kita, (mungkin ada unsur-unsur judi di dalamnya) tolaklah request mereka dengan baik. Orang berbudi, kita berbahasa. Dan jangan lupa untuk selalu mengucapkan ayat ini:
Satu kelebihan untuk korang yang tahu berbahasa Melayu, tak perlu nak hantar email  kat aku kalau nak tukar link dengan blog ini. Cuma pergi ke bahagian Backlinks, ikut arahan kat sana, dan beberapa hari selepas  itu link korang sudah ada di blog aku. Kalau aku terlepas pandang letak, tulis je kat komen. Setakat ni aku belum pernah delete komen kat IntenseDebate ni. 

p/s: Ingatkan nak berkongsi cara mendapatkan backlink percuma, tapi entri ni panjang pula. Lain hari aku akan kongsikan pula ya. Kalau aku lupa....Tolong Ingatkan Aku...(tengah nyanyi lagu Ana Raffali ni...hehe..)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails