TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 14, 2011

Home » , » Komik Niaga Edisi 4 Sudah Terbit!

Komik Niaga Edisi 4 Sudah Terbit!

Salam sejahtera dan salam semuanya. Terima kasih di atas ucapan terima kasih yang berduyun tiba di Facebook:Warnnie dan juga untuk ucapan mesra daripada warga WangCyber yang sporting. Terasa kehadiran diri ini begitu dihargai korang semua. Walaupun berada di dunia online dan tidak pernah bersua, persahabatan itu tetap ada. Tak terbalas ucapan-ucapan yang ada. Terima kasih, terima kasih, terima kasih semuanya.. :)

Baiklah, suka aku mengumumkan kepada pembaca blog aku tentang Komik Niaga yang baru saja diterbitkan hari ini. Komik Niaga kali ini memperkenalkan seorang lagi otai dalam bidang IM iaitu saudara Rahman Basri yang telah berjaya menjana pendapatan puluhan ribu melalui affiliate. Affiliate dalam bahasa mudah kita menjual produk orang lain, dan bila terjual kita akan mendapat komisyen hasil promosi kita itu. Rasa teruja bila edisi 4 kali ini diterbitkan di hari kelahiran aku..hehe

Aku yakin blogger seperti aku dan korang juga menjadi menyertai affiliate untuk beberapa produk tidak kira keluaran tempatan atau luar negara. Inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan teknik affiliate yang betul dalam menjana wang sampingan dari Internet. Jangan lupa juga sertai pertandingan komen terbaik selama 7 hari di Facebook: KomikNiaga sehingga 20 April 2011 ini. Korang boleh lihat preview kandungan KomikNiaga Edisi 4 ini terlebih dahulu.


Artikel Sebelumnya: Selamat Harijadi Untuk Insan Bernama Warnnie Musah

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails