TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, April 26, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu keempat April 2011 dan perkongsian Adsense

Kemaskini Nuffnang minggu keempat April 2011 dan perkongsian Adsense

Salam sejahtera dan salam seantero dunia aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga kehadiran hari Selasa yang ke sekian kali ini memberi tenaga yang luar biasa untuk semua dalam menjalani kehidupan seharian. Hari ini kesihatan aku sudah bertambah pulih seperti biasa dan terima kasih kepada kawan-kawan siber yang mendoakan dan memberi ucapan yang menyenangkan jiwa.  Really appreciate that. Baiklah, kita terus ke tujuan utama entri ini diterbitkan..:)

Terima kasih Nuffnang yang selalu memberikan BE kepada Bluedianthus Dot Com

Buffered Earning (BE) ke-48 iaitu DiGi - Justin Bieber di bahagian Large Rectangle (LR) telahpun menjadi metered earning (ME). Kini ia digantikan pula dengan BE ke-49 iaitu Hypp TV Bloggers' Party.  Secara peribadi, aku suka dengan design untuk BE ke-49 ini kerana ianya cepat loading kerana animasi yang ada cuma terletak pada bintang-bintang dalam iklan tu, yang lain sebenarnya statik sahaja. BE ke-50 ialah Mamil Gold di bahagian Sky Scrapper dan sebenarnya aku tak tahu kenapa blog ini diberikan BE sebegini. Apapun, terima kasih banyak-banyak Nuffnang dan juga advertiser yang memilih blog ini. :)
 BE ke-49: Hypp TV Bloggers' Party

Sedikit informasi mengenai Hypp TV Bloggers' Party ini, UniFi akan menyambut ulangtahunnya yang pertama. Bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, Hypp TV merupakan perkhidmatan TV berbayar di Malaysia yang disiarkan secara digital melalui jalurlebar Internet berkelajuan tinggi, UniFi. Yang paling seronok ialah kita boleh menonton rancangan dari USA yang baru dikeluarkan dalam masa 24jam, macam cerita CSI tu. 6 Mei 2011(Jumaat) ini Hypp Tv khususnya akan mengadakan Hypp TV Bloggers' Party yang akan diadakan di Kuala Lumpur (sekali lagi memang tak dapat join la). Kod pakaian adalah ala artis Hollywood ya, tapi jangan pakai seksi dan seksa sudah la..kita orang Malaysia maa.. :)

BE ke-50 ialah Mamil Gold di bahagian SkyScrapper. Oleh sebab aku tak berapa tahu tentang Mamil ni, aku ada buat sedikit carian tadi. Mamil ini adalah produk keluaran terkenal Dumex. Laman webnya memang canggih dan sesuai dengan tema dan produk yang mereka keluarkan. Pihak Dumex bukan saja menyediakan produk tetapi memberikan informasi yang berguna terutamanya mereka yang bakal menjadi ibu buat kali pertama. Sesiapa yang bergelar ibu juga boleh menjadi ahli kepada laman web Dumex ini dan boleh mendapatkan sampel percuma Dumex Mamil seperti iklan yang dipaparkan di blog ini. Baru-baru ini saja mereka baru selesai mengadakan contest "Are You Giving Your Child A Solid Foundation Contest". Menarik juga hadiah yang ditawarkan.

Mengenai Adsense pula, bulan April ini aku jarang mengemaskini blog-blog niche yang ada. Ada juga domain blog yang aku tidak perbaharui sebab tidak mendatangkan sebarang klik pun sejak setahun dibangunkan. Mungkin kerana aku tidak sempat membina backlink dan mengoptimasi SEO untuk blog tersebut. Tak mengapalah, mungkin nama domain itu sendiri tidak popular di enjin carian, blog pun jarang dikemaskini, manalah trafik nak datang kan. Apapun, misi untuk mendapatkan cek Adsense yang pertama perlu diteruskan. Ramai yang bertanya kenapa earning Adsense aku semakin meningkat padahal dalam blog ini tidak ada pun iklan Adsense. Sebenarnya, iklan Google Adsense ada di blog bahasa Inggeris aku dan juga beberapa blog lagi yang terpaksa dirahsiakan domainnya. Semoga tidak ada lagi soalan yang diemailkan kepada aku sebegini rupa ya.. :)
Semakin menghampiri sasaran!

Sekian saja perkongsian kali ini, semoga earning korang pun masyuk-masyuk belaka. Mudah-mudahan. Ingat,yang penting terus berblogging seperti biasa. Duit akan datang sendiri.. :)

Artikel Sebelumnya: Merenung kesilapan diri..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails