TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 11, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua April 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua April 2011

Salam hari Isnin aku ucapkan kepada pembaca blog ini. Semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Syukur, batuk aku dah beransur pulih. Kepada korang semua, jangan abaikan sakit walau sekecil manapun kerana ia akan melarat kalau tidak diambil kisah. Hari Isnin seperti biasa aku mengemaskini akaun Nuffnang. Secara ringkasnya, tidak ada Buffered Earning(BE) yang baru diterima blog ini. Cuma BE ke-48 iaitu Digi- Justin Bieber masih berjalan di blog ini dan sedikit pertambahan earning untuk CPC.

Terima kasih selalu, Nuffnang!

Sedikit nasihat daripada aku untuk yang baru mula berblogging, bangunkanlah blog dengan baik terlebih dahulu sebelum mula memikirkan soal menjana pendapatan dari blog. Aku ada membaca entri problogger  saudara Rohaizad dalam entrinya yang bertajuk Kek Dari Nuffnang. Banyak yang boleh dipelajari daripada entri beliau. Sebagai seorang blogger yang mempunyai motif dalam membangunkan blog, dia tidak akan kisah samada mendapat pendapatan daripada Nuffnang ataupun tidak. Paling penting pengisian di dalam blog itu terlebih dahulu.

Yang penting, terus berblogging seperti biasa. Ya, memang benar, dunia blogging semakin banyak diceburi oleh rakyat Malaysia kerana penangan RedMummy.Com yang telah menjana ribuan ringgit hanya dengan berblogging. Maka berpusu-pusulah yang nak jadi blogger. Jadi "kek" pun kenalah diagihkan dengan saksama di samping melihat kepada prestasi sesebuah blog itu. Aku tidak heran kalau ramai problogger akan mula beralih kepada Innity, 701Panduan, Adnetwork dan sebagainya untuk mencari alternatif lain selain Nuffnang. Itu adalah hak blogger masing-masing.

Blogging itu indah, duit akan datang sendiri apabila kita berblogging dengan ikhlas..

Artikel Sebelumnya: Dapat Buku Dari Wishlist

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails