TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, April 17, 2011

Home » , » Hujung minggu dan lelah keriangan

Hujung minggu dan lelah keriangan


Aku baru saja balik dari lawatan ke Kg. Lima, Nabawan yang terletak kira-kira 66kilometer dari daerah Keningau. Perjalanan dari Keningau kembali ke Kota Kinabalu (KK) adalah lebih kurang 110kilometer. Sampai pukul 6, bertolak balik ke KK pukul 11 setengah. Sampai rumah pukul 4pagi. Penat tak terkata. Pukul 9pagi dah kena bangun awal untuk aktiviti di gereja. Tapi penat terus hilang, bila aku dapat surprise...

Ni surprise paling bermakna untuk aku, kek ni comel kan?

Terharu aku dengan kek harijadi yang comel. Terima kasih kepada semua yang memberikan surprise dan juga kepada anak murid aku yang memberikan hadiah harijadi yang bermakna

Hadiah comel dari 2 orang murid aku, tapi sayang mereka tak dapat hadir ke kelas hari ini. 

Sekian saja perkongsian aku mengenai kisah hidup aku yang penuh dengan dunia kanak-kanak riang di samping aku. Kalau letak banyak-banyak gambar rasa tak best pula. Apa yang nak aku kongsikan menjadi peringatan untuk korang dan juga diri aku sendiri,  hidup ini kenalah sentiasa ceria. Walaupun kadang-kala kita penat dan lelah dalam hidup ini, itu adalah sebahagian dari hidup manusia. Zaman kanak-kanak kita mungkin sudah lama berlalu, tetapi jangan kita lupa untuk mengingati semula masa kanak-kanak kita. Sebab masa ni, kita berkawan tak kira siapa, kulit putih, kulit hitam, kulit kuning, kulit hijau, semuanya kita akan kawan...betul kan? :)
p/s: Nak berkongsi kek dengan pembaca blog ini tapi jauh nun di Semenanjung sana..biar murid aku yang tolong makan untuk korang ya...hehe


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails