TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 21, 2011

Home » , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Susah sangat update blog?

HIDUP SEORANG BLOGGER: Susah sangat update blog?

Sebagai seorang blogger, tentunya kita mempunyai masa tertentu di mana kita rasa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemaskini blog. Semua blogger juga confirm mengalami situasi seperti yang sedang aku alami sekarang ini. Blogger part-time menghadapi situasi kekurangan masa untuk mengemaskini entri di dalam blog mereka. Lainlah kalau blogger full-time yang perlu komited kepada pengemaskinian blog kerana blog-blog yang ada adalah punca rezeki.

Aku kini sedang sibuk dengan kerja-kerja proofreading ebook untuk pelanggan aku. Terima kasih kerana mendapat tempahan untuk kali kedua. Servis ini belum aku buka secara rasminya di mana-mana forum sekalipun. Itulah kuasa word of mouth.  Yang penting kena usaha keras. Siapa kata senang nak dapat duit di dunia online? Nak dapat 1 klik untuk iklan Nuffnang pun dah payah tau.

Apapun, dunia blogging memang menyeronokkan. Ada saja benda baru yang aku jumpa dalam dunia blogging ini dalam usaha mencari duit online. Hari ini juga merupakan hari gembira buat aku sebab apa yang dinanti telah tiba. PIN untuk withdraw duit dari Microworkers.Com telah sampai ke tangan aku. Ingatkan posmen dah pening nak hantar ke mana...hehe..
Surat dari Slovenia, confirm aku simpan setem ni. :)


Untuk pengetahuan, PIN ini sama fungsinya seperti PIN Google Adsense. Bezanya, Google Adsense cuma untuk verifikasi lepas earning Adsense dapat $10. Yang ini PIN untuk withdraw duit yang ada dalam akaun. Aku tak aktif sangat buat kerja kat sana, ada masa terluang baru aku buat kerja-kerja mudah yang aku rasa aku boleh siapkan dalam masa yang singkat. 
$67.78 yang dinanti..

Sesiapa yang mempunyai blog bahasa Inggeris yang mempunyai domain dot com dan hosting sendiri, bolehlah cuba buat kerja kat MicroWorkers.Com ini ya. Kalau blog yang ada PR lagi baik. Berita baiknya, kalau tak ada blog pun tak apa, boleh buat kerja yang mudah terlebih dahulu. Contohnya, kalau kita "Like" fanpage, akan dapat $0.10 (lebih kurang 30sen duit Malaysia). Siapa nak bagi kan.:) Cuma, korang perlu ada salah satu daripada akaun ini untuk mendapatkan bayaran (Paypal, AlertPay atau MoneyBookers)

Alamak, dah panjang pula aku tulis, taklah susah sangat nak update blog kan. Lebih-lebih lagi kalau blog peribadi. Mesti banyak yang nak dikongsikan. Hidup Seorang Blogger di alam siber dan nyata memang banyak. Kalau dalam entri tu cuma 4% ke 5% saja yang korang akan tau. :)

p/s: Dunia online banyak peluang yang boleh dicari. Yang penting kena rajin dan usaha.Hidup Seorang Blogger memang indah nian. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails