TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, April 9, 2011

Home » » Dapat buku dari Wishlist

Dapat buku dari Wishlist

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Kebelakangan ini aku tidak berapa sihat. Sering batuk-batuk dan selesema. Keadaan cuaca yang semakin tidak menentu mungkin merupakan satu sebab kualiti kesihatan terjejas. Dah la selalu tidur lewat. Mudah-mudahan aku akan sihat sebelum hari Isnin bermula, doakanlah kesejahteraan aku di negeri bawah bayu ini ya. :)


Baiklah, kali ini aku akan berkongsi mengenai satu buku yang aku terima tanpa disangka-sangka. Buku ini sebenarnya aku letakkan di senarai wishlist aku untuk buku-buku keluaran PTS.
Yahooo...dua-dua buku kat atas sudah ada!

Sebenarnya, buku ini aku terima pada Jumaat minggu lepas tetapi baru sempat aku kongsikan pada hari ini. Rasa terujalah sebab dapat buku yang memang diidam-idamkan..hehe..Sempat lagi gambar sampul pos ekspress:


Masa dapat pos ekspres ni memang rasa teruja yang teramat sangat. Tapi oleh sebab surat-menyurat dialamatkan kepada Daddy aku, dia pun turut teruja sama. Bila dah buka, aku gembira bukan main, macam dapat emas, hehe.. 
Yes! Donald Trump, pemikiranmu kini milikku..hehe..

Buku, Berfikir Gaya Trump - karya Nazri Kadir. Kalau nak tau kenapa aku suka buku ni, bolehlah baca preview Berfikir Gaya Trump ini dan aku yakin korang akan berfikir bahawa buku ini sepatutnya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Di sebalik buku ini, aku perasan ada satu lagi selitan kad bisnes di atas buku tersebut. Ya, kad bisnes penulis buku tersebut, Encik Nazri Kadir. Aku ada mengirimkan SMS kepada beliau untuk mengucapkan terima kasih atas buku yang dikirimkan. Tapi tak ada jawapan, siapalah aku ni kan, huhu.. Tapi tak mengapa. Sedikit yang aku tahu, beliau merupakan presiden, konsultan dan penulis di Akademi Kehidupan Sempat juga aku mengunjungi blog peribadinya yang masih dalan proses pembangunan, NazriKadir.Com. Pastinya aku akan menjadi pembaca blog beliau. Bercita-cita nak terbitkan sebuah buku juga sepanjang hidup ini sekurang-kurangnya. Adalah pahala aku untuk masyarakat kalau aku dah tak ada dalam dunia ni. :)

Dapat kad bisnes lagi.. :)

Bila aku belek-belek muka depan buku tu, ada sedikit masalah dari segi percetakan, tetapi cuma sedikit ralat dan aku masih lagi dapat membaca keseluruhan kandungan buku tersebut dengan baik. Cuma ada satu halaman yang mempunyai masalah. Yang lain semua, sempurna. Terima kasih PTS dan tahniah kepada Encik Nazri Kadir kerana berjaya menghasilkan buku yang mempunyai kualiti yang sangat bernilai. 

Aku sangat terkesan apabila membaca buku ini. Kupasan mengenai pemikiran Donald Trump dan juga beberapa tokoh tanahair membuka sedikit sebanyak minda aku mengenai pemikiran orang-orang sehebat mereka ini. Untuk pembaca blog dan kawan-kawan, termasuk silent reader yang selalu mengunjungi blog ini, jangan lupa untuk membaca buku sekurang-kurangnya sejam setiap hari kerana ia akan menambahkan kecekapan otak kita untuk berfikir. Sebaik-baiknya bacalah buku yang dapat memberikan informasi dan input yang berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Bangsa membaca, bangsa berjaya. 

Khusyuk membaca? :)

Sebelum itu, berita gembira untuk korang yang berada di Semenanjung, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 akan diadakan bulan ini iaitu pada 22 April sehingga 1 Mei ini di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.  Sebelum korang ke pesta buku ini, dapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS sehingga 30% untuk buku-buku yang dijual. Kupon ini tertakluk kepada terma dan syarat ya, macam biasalah boleh baca di laman permohonan kupon diskuan bonanza pts tu. Jelesnya aku...huhu.. PTS tak nak datang Sabah ke? Huhu..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails