TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, April 6, 2011

Home » , , , » Bagaimana Blog Tersenarai Top 100 Technorati?

Bagaimana Blog Tersenarai Top 100 Technorati?

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga Rabu ini memberikan keceriaan berganda untuk semua. Hari ini hujan sepanjang hari di Kota Kinabalu. Kali ini aku akan memberikan sedikit perkongsian bagaimana sesebuah blog itu boleh tersenarai dalam top 100 Technorati. Ini adalah mengikut pengalaman aku dan mungkin juga perkongsian ini berbeza dengan pengalaman blogger yang lain.

Blog Bluedianthus ini telah diterima oleh Technorati pada tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang terlepas boleh baca entri  "Akhirnya Technorati mengesahkan blog Bluedianthus" tentang fungsi Technorati ini. Ok, blog Bluedianthus Dot Com ini tidak tersenarai langsung di carta Top 100 Technorati..sedih aku pedih. Tapi blog niche kesihatan aku sebenarnya yang tersenarai dalam Top 100 Technorati untuk kategori Family. Baru tadi aku buka akaun Technorati, dah lama tak buka. Sekali tengok dapat ranking top 100, paling dekat top 80. Hehe..
 Setakat ini, cuma 2 blog yang aku daftarkan di Technorati,
yang lain belum buat lagi

Sebenarnya, blog niche kesihatan ini baru saja aku bangunkan beberapa bulan lalu, PR0 dan Alexa Rank lebih 15juta. Blog ini pernah berada di mukasurat pertama Google (carian no.2) semasa aku mengambil servis backlinks dari seorang warga WangCyber. Setakat ini, dari segi penjanaan wang, blog ini telah mampu menjana duit dollar sebanyak $8.30 dari laman BuyBlogReviews.Com, $6.69 dari Adsense dan $0.90 dari program yang baru aku cuba, Microworkers. Target aku untuk blog ini adalah untuk mendapat duit untuk membayar domain blog ini untuk tahun seterusnya.  Nampaknya sasaran tersebut telah tercapai dan nampaknya blog ini akan aku kekalkan dan mudah-mudahan blog ini akan lebih menjana lebih banyak duit dollar di masa hadapan.

Sekarang, kita kembali kepada tajuk, bagaimana blog tersenarai top 100 Technorati?
1. Niche. Blog mestilah spesifik kepada satu topik. Contoh, niche kesihatan atau kecantikan, spesifikkan lagi kepada subtopik tertentu. Kalau kecantikan, spesifikkan kepada kecantikan kulit wajah ataupun penjagaan rambut.
 2. Relevancy Nama Domain blog dengan Tajuk Blog. Sebaik-baiknya nama domain mempunyai sedikit perkataan yang sama dengan tajuk blog
 Relevancy title blog niche kesihatan aku ialah 100%
 3. Search Engine Optimization (SEO). Bab ini aku memang tak tau sangat, masih lagi merangkak mencari ilmu bertanyakan Google, membaca di forum-forum dan blog-blog otai SEO. Blog kesihatan aku ini menggunakan platform Wordpress jadi kerja SEO menjadi mudah. Kerja SEO untuk blog bahasa Inggeris memang sedikit sukar sebab kena bersaing dengan banyak lagi blog lain yang mempunyai niche yang sama dengan keywords yang hampir serupa. Mungkin cara SEO aku ni agak lawak, hehe...tapi setiap kali aku siapkan 1 entri, aku akan tulis di bahagian keywords perkataan yang mungkin akan dicari dalam entri ini. Kadang-kadang, aku guna long tail keywords seperti "tips to...", "....guidelines on...", "how to...". Tak faham sangat pun..huhu..
 Blog niche kesihatan aku dapat 81% untuk SEO
 Itu saja yang dapat aku kongsikan buat masa ini. Ada banyak lagi faktor seperti outbound, kekerapan mengemaskini blog dan juga kekerapan " blog ping" dan membuat backlink untuk blog. Tapi aku pun masih dalam proses belajar ni. Kalau nak belajar SEO lebih lanjut bolehlah baca blog Boy Bersahaje, pakar backlinks. :)

Mesti korang nak tau ranking Bluedianthus Dot Com di Technorati kan? Blog rojak a.k.a personal dan blog paling aku sayang ni memang rendah dan jauh dari blog niche kesihatan aku yang jadi top 100 kat Technorati tu, tapi yang ini aku tak berapa nak kisah. Nak tengok juga nombor berapa kat Technorati?
 Rank paling tinggi pun 770 untuk kategori Music Authority..Macam tak ada kaitan je...hmm..

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu pertama April 2011

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails