TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 16, 2011

Home » , , » Peluang dan Masa

Peluang dan Masa

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca dan pelawat yang sudi berkunjung di blog Bluedianthus Dot Com. Waktu rehat ini, aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog ini. Semoga kita semua sentiasa bermotivasi menjalani kehidupan seharian kita. Tidak lupa juga kita mendoakan kesejahteraan orang lain di dunia ini. Semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.


Kesibukan panjang membuatkan blog ini jarang dikemaskini. Masih ada kerja lain yang perlu dihantar hari ini. Begitu juga dengan artikel yang sepatutnya dihantar minggu lepas. Nampaknya kena stay up lagi malam ini untuk menyiapkan segala tugasan yang ada. Minta maaf sangat-sangat di atas kelewatan yang tidak disengajakan. Semalam juga aku tidak sempat membalas jejak korang yang datang bertandang di blog ini. Ada masa aku akan balas jejak dan komen-komen yang ada ya.

Blogger full-time dan part-time tidak ada bezanya, kedua-duanya adalah seorang blogger. Tetapi apabil masa iaitu "time" digunapakai, kedua-dua blogger ini akan mempunyai banyak jurang perbezaan. Mungkin seorang blogger full-time boleh menghabiskan sepanjang hari menghadap komputer, manakala blogger part-time mungkin hanya mempunyai masa 2 ke 3 jam sehari untuk mengemaskini entri, membalas jejak, membaca blog lain dan juga meninggalkan komen di blog blogger lain. Ini tidak termasuk lagi masa yang digunakan untuk melakukan tugas freelance, membaca berita, membaca ebook, dan program buat duit melalui blog yang lain. yang memerlukan penggunaan komputer ataupun laptop. Kedua-dua blogger ini dibezakan dengan KOMITMEN.

Apabila memperkatakan tentang peluang, peluang untuk seorang full-time blogger memang banyak. Blogger part-time pula perlu lebih bijak membahagikan 24jam masa yang ada. Yang ini kadang-kala aku tersasar juga dari landasan. Kadang-kadang tidur tak menentu, sibuk membangunkan blog-blog yang ada, sampai tak sedar jam sudah pukul 4 5 pagi. Peluang dan Masa adalah elemen yang saling berkaitan. Sekiranya ada peluang tetapi tidak mempunyai masa, kita mungkin terpaksa melepaskan peluang tersebut. Betul, masa boleh diatur tetapi dalam situasi tertentu masa menentukan segalanya. Sebaliknya, ada masa dan tiada peluang, ini bukanlah satu isu yang besar kerana peluang itu ada di mana-mana. Kata orang, rezeki ada di mana-mana...

Bercakap mengenai rezeki, kelmarin aku telah memindahkan duit Paypal ke akaun Maybank. Ringgit Malaysia naik dengan nilai dagangan dollar 1USD = RM2.957 kelmarin. Tapi hari ini dah jadi RM2.98. Menyesal withdraw duit Paypal kelmarin. Sebahagian daripada duit Paypal itu adalah bayaran untuk entri berbayar di blog bahasa Inggeris. Walaupun sedikit, tetapi aku masih bersyukur. Aku tahu korang juga mesti lebih masyuk daripada aku yang baru dalam dunia blogging ni.  Bila dah dapat rezeki tu, janganlah pula lupa untuk berbuat amal ya. Lebih-lebih lagi negara Jepun yang sedang berusaha untuk meneruskan sisa-sisa hidup mereka...
 RM252.56 yang bermakna

p/s: Ada peluang berbuat kebaikan, buatlah. Ada masa berbuat kebaikan, buatlah. Selagi ada peluang dan masa berbuat kebaikan...buatlah.. Buatlah, buatlah, buatlah kebaikan...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails