TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 23, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Mac 2011 dan sedikit motivasi berblogging

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Mac 2011 dan sedikit motivasi berblogging

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog ini. Terima kasih di atas kunjungan yang tidak putus-putus di blog ini. Semakin jarang aku membalas komen dan semakin jarang berblogwalking membalas jejak.. Adakah Bluedianthus sudah ingin berundur dari dunia blogging? Mungkin tidak. Lebih baik kalau dikategorikan sebagai tempoh bertenang saja kan. Lewat sehari mengemaskini akaun Nuffnang, tapi kemaskini tetap perlu untuk tatapan masa hadapan. :)

Secara keseluruhannya, tidak ada Buffered Earning (BE) baru yang diperolehi selain BE ke-46 iaitu iklan AMP hitz.fm 2011 LR yang masih muncul di bahagian selepas post Large Rectangle sehingga sekarang ini. Bonus CTR pun boleh tahan juga.
BE ke-46, terima kasih Nuffnang

Blogging mengajar aku banyak perkara. Blogging juga selalunya memotivasikan diri aku. Motivasi ini tidak kira masanya, motivasi akan datang semasa berblogging dan motivasi juga akan datang sesudah kita selesai berblogging. Bagaimana? Kerana hasil daripada blogging itu sendiri. Ianya bukan saja diukur dari segi duit online yang kita raih tetapi juga kepuasan dalam berblogging. 

Aku berasa puas apabila aku dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk renungan bersama. Aku juga berasa puas apabila dapat memberikan sesuatu yang dicari-cari oleh mereka yang mencari maklumat. Satu kepuasan yang tidak ternilai jika blog ini sendiri dapat tinggal melekat di hati pembaca-pembaca blog aku. Bila bangun pagi, ataupun bila online je, mereka akan taip di browser, W W W . B L U E D I A N T H U S  . C O M. Ianya bukan satu perasaan riak, tetapi gembira kerana blog picisan ini mendapat tempat di hati pembaca.

Dulu, aku memang berblogging secara suka-suka saja. Kemudian, aku mengetahui lebih banyak lagi mengenai dunia blogging apabila terjumpa dan terbaca blog problogger seperti saudara Rohaizad dan Tekkaus yang dua-duanya adalah problogger tetapi perbezaannya cuma seorang full-time blogger dan seorang lagi part-time blogger. Problogger, jauh lagi perjalanan aku nak jadi problogger ni. Mungkin tidak kot..hehe..

Motivasi berblogging juga dapat ditingkatkan dengan sedikit pencapaian dari segi seseorang blogger itu mencari duit online. Mungkin pendapatan dari dunia online tidaklah sehebat mereka di luar sana, namun ia cukup memotivasikan diri aku sendiri untuk terus berblogging.
Pendapatan Adsense setakat ini..

Pendapatan Blog Bahasa Inggeris setakat ini...

Pendapatan dari BuyBlogReviews setakat ini...

Dunia blogging sememangnya seronok untuk diterokai. Kalau 5 tahun dulu aku tahu dengan blogging boleh buat duit, mungkin sekarang ni dah banyak hasil yang aku dapat...hehe.. Apapun, semuanya hanya bermula dengan suka-suka sahaja..tak sangka pula aku dapat menghasilkan sesuatu daripada apa yang aku usahakan. Tapi aku masih lagi teringin nak mengambil coaching Smart Blogging saudara Rohaizad, tapi tak tahulah bila..huhu.. Nak kumpul blogger yang nak serius menjana income melalui blogging kat Sabah ni memang payah juga.

Ok, sekian saja kemaskini pada hari ini..semoga korang gembira selalu di samping keluarga dan selamat berblogging untuk rakan-rakan blogger yang lain. :)

Artikel Sebelumnya: Bersyukur...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails