TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 29, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mac 2011

Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mac 2011

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini dan tidak lupa aku mengucapkan selamat memulakan tugasan harian dalam pekerjaan masing-masing. Semoga mood korang juga selalu ceria, mudah-mudahan. Tak kiralah samada pekerja kerajaan, swasta, bekerja sendiri, pelajar ataupun surirumah. Jangan tak tau, ramai surirumah sekarang ni dah pandai berblogging. Silap-silap haribulan suami pun terkejut kalau dapat income macam pencinta merah RedMummy.com. :) Kali ini tibalah masa seperti biasa untuk aku mengemaskini akaun Nuffnang aku. Untuk subscriber aku yang dah biasa dengan entri ini, mungkin tahu apa yang aku tulis di sini. :)

Dengan hanya 2 entri yang ditulis sepanjang minggu lepas, dengan masa blogwalking yang semakin dilupakan, aku fikir blog ini sudah tidak akan mendapat Buffered Earning (BE) lagi daripada Nuffnang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Terdapat penambahan 2 lagi BE di dalam blog ini menjadikan 3 BE kesemuanya. Kesemua BE ini berada di bahagian Large Rectangle (LR). Aku masih mencari sebab mengapa ketiga-tiga BE ini diletakkan pada tempat yang sama. Hmmm...
3 Buffered Earning sedang berjalan. Terima kasih Nuffnang

BE ke-47 ialah iklan VW 0.5% Golf GTI & Polo LR. Iklan ini ialah promosi mengenai agen atau syarikat yang menjual kereta jenama tersohor keluaran Volkswagen. Laman ini akan membawa korang ke bahagian Senarai Agen Berdaftar Volkswagen. Setakat ini terdapat 7 cawangan agen yang menjual jenama Volkswagen(VW) ini. Promosi yang sedang diadakan ialah interest rendah sebanyak 0.5% ke atas pembelian kereta jenama VW ini.
Andakah korang sudah terlebih Polo? - Versi Bahasa Melayu, hehe...

BE ke-48 ialah DiGi - Justin Bieber LR. Seperti mana yang kita tahu, Justin Bieber ni seorang remaja yang menjadi kesayangan ramai wanita yang lebih muda dan juga lebih berusia darinya. 
 Justin Biebar bakal menyerang Singapura..teringat pula cerita todak..huhu..

Aku jarang mendapat iklan berbentuk hiburan. Tetapi aku anggap pemilihan blog ini adalah kerana tagline blog ini, "My Music...". Mungkin itu salah satu kriteria yang dilihat oleh Nuffnang dan juga pihak pengiklan. Sedikit yang aku tahu, Justin Bieber ini akan mengadakan persembahan secara langsung di Singapura pada 19 April ini. Jadi promosi dari Digi ialah mereka menyediakan 10 pasang tiket percuma untuk ke konsert Justin pada hari tersebut. Ok, bukan tiket masuk konsert sahaja ya, tapi termasuk juga tiket pergi balik ke Singapura. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke ruangan Digi: What's Hot - Justin Bieber.

Sekian saja perkongsian kali ini. Semoga earning korang juga masyuk-masyuk belaka. Mudah-mudahan.. :)

Artikel Sebelumnya: Kulihat hijau...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails