TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, March 13, 2011

Home » , , » Jualan Rahsia Nuffnang Dihentikan!

Jualan Rahsia Nuffnang Dihentikan!

Salam sejahtera dan salam berhujung minggu kepada semua pembaca blog ini. Aku minta maaf kerana tidak mengemaskini entri dan tidak membalas blogwalking kawan-kawan yang datang singgah membaca entri dan meninggalkan jejak di sini. Untuk pengetahuan semua, semua penduduk Sabah sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan bencana alam yang bakal melanda Sabah ekoran gegaran gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Sabah dan Pulau Labuan adalah lokasi yang berpotensi untuk menerima susulan gegaran dan tsunami terutamanya di bahagian yang berdekatan dengan kepulauan Indonesia iaitu bahagian pantai timur seperti Lahad Datu dan Tawau, serta beberapa kawasan di Kota Marudu dan Putatan. Selain itu Pulau Labuan juga kawasan berpotensi menerima bencana tersebut.

Di kawasan aku, hujan lebat tak berhenti dari kelmarin. Semoga tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Hari ini merupakan harijadi Mummy kesayangan aku, tapi kami tidak dapat menyambutnya kerana kedua Mummy dan Daddy berada di kampung untuk sedikit urusan. Adik bongsu ke kem Persatuan Bulan Sabit Merah, tinggallah aku dan 2 orang adik aku lagi di rumah. Lewat malam sikit aku akan blogwalking membalas jejak korang. 

Lagi satu pemberitahuan penting yang aku dapat, penjualan Teknik Rahsia Nuffnang akan dihentikan pada malam ini, kepastian belum aku dapatkan lagi daripada pemiliknya Amirul Hafiz. Mungkin Nuffnang berasa produk ini bakal menjadi satu ancaman kepada sistem mereka. Aku sudah mencuba uji sendiri produk ini dan ianya memang berkesan dalam menaikkan earning Nuffnang aku. Mungkin selepas ini, korang tidak lagi akan mendapat rahsia ini selama-lamanya. Apapun, aku ucapkan syabas kepada Amirul Hafiz kerana berjaya menghasilkan produk sehebat ini. Aku yakin hasratnya untuk berkongsi Teknik Rahsia Nuffnang ikhlas untuk membantu mereka yang belum berjaya mendapat sebarang earning ataupun cek pertama daripada Nuffnang. Apapun, semuanya ini dugaan, semoga di lain masa Amirul Hafiz akan dapat mencipta satu produk yang bakal meletup di pasaran Malaysia sekali lagi seperti produk Teknik Rahsia Nuffnang ini. Pada masa entri ini diterbitkan, korang cuma ada masa sebanyak 3 jam untuk mendapatkan produk ini sebelum jualan ditutup selamanya dan rahsia ini menjadi milik mereka yang memilikinya sahaja.



 Dapatkan Pakej Teknik Rahsia Nuffnang sebelum jualan ditutup selama-lamanya!

Sekian dulu entri pemberitahuan pada kali ini, semoga korang semua mendoakan keselamatan aku sekeluarga bersama semua penduduk Sabah di sini. Salam sayang dari Bluedianthus. Panjang umur kita berjumpa lagi.. :)


Artikel Sebelumnya: Kerja rumah di hujung minggu..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails