TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, March 6, 2011

Home » , , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Bahagikan Masa

HIDUP SEORANG BLOGGER: Bahagikan Masa

Dulu sewaktu mula-mula berblogging, pengisian di dalam blog ini lebih bersifat peribadi. Aku tidak kisah kandungan blog yang aku tulis. Aku juga tidak kisah bila masa aku akan menulis dan mengemaskini entri di blog ini. Tidak kisah juga samada blog ini mempunyai pelawat atau tidak. Aku yakin korang juga ada mengalami situasi sebegini satu masa dulu kan.



Kemudian, apabila aku sudah mula mendapat rentak dalam berblogging, maka banyaklah masa yang aku habiskan untuk memperbaiki keadaan blog ini. Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ini dulu pasti akan tahu, dulunya blog ini menggunakan latar belakang warna hitam. Sesiapa yang ada masalah penglihatan tu memang gerenti sakit mata bila baca blog ni..hehe.. Minta maaf, dulu memang tak kisah Tapi, syukur dengan pengalaman, aku mula memperbaiki blog ini supaya lebih kemas. Tidak ada lagi widget-widget yang melambatkan masa loading blog. Ya, memang widget-widget yang ada tu comeloteh belaka, tapi tidak perlulah meletakkan kesemua widget yang ada di dalam blog. Tak terkejar kita dengan widget-widget yang muncul sekarang ni. :)

Kemudian, aku membaca dan terbaca ilmu berkaitan dengan dunia blogging. Rupanya banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Jadi, banyaklah masa aku habiskan  untuk membaca buku digital daripada buku fizikal. Membaca, mengkaji dan mencuba apa yang dipelajari. Adakalanya aku gagal, adakalanya berjaya. Tak kisah, yang penting pengalaman.

Aku sudah melalui setahun lebih pengalaman sebagai seorang blogger. Walaupun aku tahu blog aku taklah sepopular mana seperti blogger lain, tapi aku berterima kasih kerana kehadiran Bluedianthus Dot Com ini  masih boleh diterima. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada para subscriber blog aku yang terus sudi melanggan entri terbaru daripada aku. Aku juga tidak pernah membayangkan blog ini sudah mampu menghasilkan pendapatan berterusan meski tidaklah sebanyak mana. Apapun, semua rezeki ini aku terima dengan perasaan syukur dan gembira. Tidak sekalipun aku cemburu dengan blog lain yang menjana income 4 5 angka sebulan kerana aku sedar blog-blog ini juga melalui fasa yang sama seperti yang kita lalui. Ianya memakan masa untuk menjadikan sesuatu blog itu stabil. Tak kiralah dari segi jumlah pelawat mahupun pendapatan.

Di satu segi yang lain, hidup aku sebagai seorang blogger, adakalanya sedikit tersasar dalam membahagikan masa. Bagi aku, menguruskan banyak blog pada satu masa adakalanya memenatkan aku. Mungkin ada blog yang tidak akan diperbaharui nama domainnya kerana tidak mendapat sebarang pendapatan dari segi pengiklanan. Jadi dengan cara ini, mungkin beban aku untuk mengemaskini blog pun akan berkurangan. Apapun, semoga aku dapat membahagikan masa aku di antara blogging dan kerja-kerja yang lain.Begitu juga dengan korang yang mempunyai blog lebih dari satu, semoga lebih bijak membahagikan masa untuk mengemaskini blog-blog yang ada.

p/s: Tidak lama lagi, Bluedianthus Dot Com akan berusia 2 tahun. :)



Artikel Sebelumnya: Bluedianthus dan Ebook CPA Via PPV Marketing

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails