TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 9, 2011

Home » » Hanya Kerana...

Hanya Kerana...

Hanya kerana dia tidak berpangkat tinggi, dia dilayan dengan begitu teruk sekali..
Andai kata dia memiliki pangkat dan jawatan, tentu layanan yang diterimanya berlainan sama sekali...

Hanya kerana rupanya kurang menarik, dia dilayan dengan sombong.
Andai kata wajahnya bagai bidadari, tentu layanan istimewa yang diterima..

Hanya kerana dia seorang miskin, dia dilayan secara acuh tak acuh.
Andai kata dia seorang jutawan, permaidani merah tentu dibentangkan.

Hanya kerana dia masih muda, dia ditengking tanpa sudahnya.
Andai kata dia seorang dewasa, sudah tentu dilayan dengan senyuman.

Hanya kerana dia seorang biasa, dia dimarahi tanpa kerelaanya.
Andai kata dia seorang yang terkenal, semua yang diminta pasti diberi...
(Petikan Buku: Mengapa Masih Termenung karya Anaz Amira, m/s 217)
Sememangnya lumrah manusia memandang darjat, rupa paras, kekayaan, usia dan namanya. Ok, bukan semua tapi kebanyakannya..itu fakta dan bukannya auta. Kadang kala terdetik di hati aku, hanya kerana aku seorang blogger, layanan sebagaimana yang patut aku terima? Tepuk dada tanyalah pendapat masing-masing. Andai kata aku seorang selebriti popular, mesti nama aku korang tulis di blog korang kan, entah baik entah tidak..hehe.. Perasan jadi artis kejap.

Sekadar renungan bersama... Yang di bawah takkan berada di bawah selamanya, dan yang di atas takkan bermegah selamanya. Semuanya hanya pinjaman daripada Yang Kuasa. Sifat rendah diri dan budi pekerti yang mulia perlu dipraktikkan. Baik bukan sebarang baik, baik jangan sampai orang mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita. Bersederhana kata orang, itu lebih baik. Aku pun bukannya baik sangat, tetapi aku berusaha sehabis baik untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Semoga korang pun sama, menjadi baik melebihi kebaikan yang telah kita lakukan selama ini. Mudah-mudahan.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails