TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, March 7, 2011

Home » , , , » Coaching Bersama Zeddy : Jana Wang Online Cara Zeddy!

Coaching Bersama Zeddy : Jana Wang Online Cara Zeddy!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com.  Sekarang kita sudah berada di bulan Mac, cepat sungguh masa berlalu kan. Hari Isnin ini dimulakan dengan review dan kemaskini Nuffnang akan aku terbitkan malam ini, mudah-mudahan. Ruangan review pada kali ini aku akan berkongsi mengenai Personal Coaching yang telah aku lalui sendiri bersama dengan seorang anak muda yang sudah pun menjana ribuan ringgit daripada Internet melalui XXXX (aku yakin masih kurang lagi orang yang tahu melalui XXXX ini). Ok ok, sudah terbongkar ni, Personal Coaching bersama saudara Zeddy. Jadi kepada yang menghantarkan email kepada aku untuk bertanyakan mengenai banner personal coaching ini, jangan lupa baca entri ini dengan teliti. :)



Sebenarnya coaching tersebut siap lebih awal tetapi aku telah mengambil beberapa hari untuk melakukan sendiri langkah-langkah yang telah diajarkan kepada aku. Ternyata coaching selama hampir 2 jam itu sangat-sangat membantu. Aku memang teruja sungguh dengan coaching ini kerana belum pernah lagi menjana wang online melalui XXXX . Di sini aku akan senaraikan beberapa elemen penting yang terdapat pada personal coaching yang aku jalani tempoh hari bersama saudara Zeddy.

1. Cara persembahan coaching.
Cara saudara Zeddy ini mengajar adalah semi-formal tetapi mudah difahami. Sebelum semuanya dilakukan, maklumat asas akan diajarkan terlebih dahulu. Maklumat yang diberikan digabungkan dalam bentuk penerangan dan poin. Ok, jangan risau sebab beliau bukan mengajar secara terus-menerus sampai kita pening untuk membina XXXX ini. Saudara Zeddy bijak mengawal keadaaan, dia akan tanya samada proses pembelajaran sangat cepat atau tidak. (p/s: XXXXX yang dibangunkan adalah dalam bahasa Inggeris. Seperti mana yang selalu aku tekankan di blog aku, penggunaan bahasa Inggeris lebih baik dalam dunia blogging kerana pasaran yang luas, sama juga dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam menghasilkan XXXXX ini. Jadi korang dah tau kan bahasa Inggeris ini banyak manfaatnya)

2. Bahan-bahan pengajaran.
Bahan-bahan yang diberi memang superb! Terutamanya software *** tu, sungguh senang nak digunakan untuk menghasilkan XXXXX . Ok, jangan risau sebab Zeddy ni memberi personal coaching dalam bahasa Melayu ok. :) Pada mulanya saudara Zeddy ini telah membuat personal coaching ini menggunakan video sepenuhnya tetapi kerana masalah  kelajuan Internet, maka personal coaching ditunda sekali lagi. Alternatif yang terbaik, blog tutorial. Terdapat 6 blog tutorial yang Zeddy siapkan dalam masa yang singkat, siap dengan screenshot yang lengkap, teliti dan teratur beserta penerangan ringkas dan mudah difahami. Secara peribadi, aku kagum sikap komitednya dalam menghasilkan blog tutorial ini. Yalah, masa yang banyak diperlukan untuk menghasilkan tutorial yang lengkap. Aku juga memahami proses menghasilkan screenshot memerlukan banyak kerja dari segi pengeditan.

3. Teknik yang diajar.
Teknik yang diajar sebenarnya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira yang masih baru ataupun yang sudah biasa menjana wang secara online. Kalau korang seorang blogger lagi korang mudah untuk menangkap apa yang disampaikan Mungkin terdapat sedikit langkah kompleks yang memerlukan tumpuan penuh terutamanya bahagian yang memerlukan penggunaan FTP (File Transfer Protocol).  Apa yang paling penting adalah semangat untuk ingin belajar. Tetapi sesiapa yang sudah mahir menggunakan FTP rasanya tidak akan menghadapi banyak masalah, cuma perlu twist sedikit untuk mendapatkan limpahan XXXXX ke XXXXX korang menggunakan ***.

Di bawah ini adalah 2 screenshots yang diberikan dalam tutorial, semuanya jelas dan terperinci.
Di atas ini merupakan sebahagian screenshot bantuan menggunakan medium blog
 
 Sungguh mudah menghasilkan artikel unik. Ni paling aku suka. :)

4. Perbandingan dengan blog.

 Secara perbandingan, membangunkan XXXXX hampir sama dengan blog, Cuma proses monetizing lebih menarik kerana 6 cara menjana duit online melalui XXXXX yang ditunjukkan. Adakah kita perlu menulis? Memanglah boleh tapi software XXXXX yang bernilai USD77 pasti akan menjadi pilihan ramai, aku jamin sebab semua orang sayangkan masa masing-masing. Kan? :)

 5. Bonus & Video
Bonus yang diberikan sangat bernilai tinggi bagi aku, terutamanya bagi aku yang masih tercari-cari HPK (High Paying Keywords) yang sesuai untuk membangunkan beberapa XXXXX. Selain daripada itu, terdapat 5 artikel unik yang akan diberikan. Maknanya, masa untuk menulis artikel sudah dijimatkan. Cuma minta niche topik yang dimahukan dan content-writer Zeddy akan uruskan. Aku pernah menulis artikel (dalam bahasa Inggeris) dan rate bayaran untuk 1 artikel adalah $5 ke $7 mengikut panjang artikel. Jadi, kalau ada 5 artikel unik yang diberikan secara percuma, korang sudah berjimat lebih kurang $25 ke $35.

6. Bantuan Private Group di Facebook
Yang ini paling tak boleh lepas pandang, Zeddy juga menyediakan tutorial dalam bentuk video untuk lebih memudahkan pemahaman korang untuk melakukan hands-on. Selain daripada itu, Zeddy juga akan memberikan artikel PLR secara percuma di dalam private group Zeddy. Kiranya macam bantuan penuh la ni kan. ini merupakan satu lagi yang suka mengenai coaching ini kerana aku yakin Zeddy tidak akan membiarkan korang terkontang-kanting tanpa sebarang sokongan.

Secara keseluruhannya, personal coaching saudara Zeddy ini memang korang perlu cuba alaminya sendiri. Best dan mantap. Aku tak tahu pun yang akaun XXXXX ini boleh dijual. Setakat yang aku tahu blog boleh dijual di flippa. Ok, lepas ni masa untuk aku menjana duit online akan dilakukan secara berterusan. Bak kata Zeddy, apa yang diperlukan selepas coaching ialah, TAKE ACTION! Tenpah Personal Coaching Bersama Zeddy sekarang!

p/s: Zeddy, letak harga tinggi sikit personal coaching ni, RMXXX ke? Personal coaching ni bernilai tinggi, sayang kalau jatuh ke tangan mereka yang tidak tahu menghargai jerih lelah orang lain. Sekurang-kurangnya kalau letak harga tinggi, orang yang membeli akan menghargai wang yang dilaburkan. :)

Artikel Sebelumnya: HIDUP SEORANG BLOGGER: Bahagikan Masa


 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails