TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, March 3, 2011

Home » , , » Bluedianthus dan Ebook CPA via PPV Marketing

Bluedianthus dan Ebook CPA via PPV Marketing

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Nampaknya sudah sehari aku tidak mengemaskini entri di dalam blog ini. Aku sibuk dengan tugas seharian dan juga beberapa kerja freelance yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Hari ini juga aku telah membeli sebuah panduan mengenai CPA. Kalau tak tahu apa itu CPA boleh baca review aku mengenai Buat Duit Ikut Cara Alan Tan.


Ebook ini menjadi bualan hangat sekarang di WangCyber, dan aku pula lepas baca buku Alan berminat pula untuk mempelajari lebih lanjut. tentang CPA ini. Cuma nak tambah ilmu dalam dunia cari duit online ni. Kalau lepas ni cuba berhasil,syukurlah. Kalau tak berhasil, tentu aku ada silap di mana-mana. :) Apa yang menarik minat aku untuk memiliki ebook ini ialah kerana taglinenya, "Nak Tahu Rahsia Buat Google, Yahoo & Bing Gigit Jari Selepas Kami Berjaya Menarik Trafik Yang Berkualiti Dengan Hanya Kos Serendah $0.025?" Ayat jualan mereka memang persuasive habis..hehe.. Ebook ini pertama kali dilancarkan di Malaysia (Buat Duit Dengan CPA via PPV Marketing). Tempahan untuk ebook ini memang sudah aku jangka akan mendapat sambutan. Sebab lepas ni harganya pasti jauh lebih mahal. Apapun, mudah-mudahan semakin bertambah ilmu di dada..paling penting, TAKE ACTION! Barulah berbaloi pelaburan yang dikeluarkan.

p/s: Lepas ni, akan sibuk membaca buku lagi versi elektronik ini. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails