TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 29, 2011

Home » , , » Buat Duit Ikut Cara Alan Tan : Make Money Online Without Selling Anything (CPA)

Buat Duit Ikut Cara Alan Tan : Make Money Online Without Selling Anything (CPA)

Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi di dalam blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang ceria, sihat dan bertenaga selalu, Akhirnya, masa untuk menerbitkan review kepada buku Alan Tan yang bertajuk "Make Money Online: Without Selling Anything With Cost Per Action (CPA)". Untuk pengetahuan, entri ini akan menjadi entri sticky selama sebulan sehingga 31 Mac 2011.


Pertama sekali sebelum aku mula membaca bab pertama buku Alan, aku melihat ruangan acknowledgement dan ayat khas untuk keluarga di muka surat selepasnya. Bagi aku, ianya mempunyai nilai sentimennya yang tersendiri. Cukuplah mukadimahnya di sini. Secara keseluruhan, aku akan memberikan beberapa aspek yang ingin aku kongsikan bersama dengan korang semua mengenai buku Alan ni. Ini merupakan review keseluruhan setelah aku selesai membaca buku Alan ini.

Sebelum tu, kita kenalah berkenalan sedikit mengenai penulis buku ini. Nama Pemilik buku ini ialah Alan Tan, yang juga seorang blogger. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains dan Matematik dari Universiti Campbell, Amerika Syarikat. Beliau mula terlibat dalam bidang Internet Marketing pada tahun 2008 dan mahir dalam dunia blogging, SEO dan program PPC. Buku ini merupakan buku yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri  menggunakan teknik whitehat (cara yang tidak melanggar terma dan syarat program CPA).

1. Bahasa
Melihat kepada tajuk buku ini saja sudah cukup, buku ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium menyampaikan maklumat, Tetapi, bahasanya mudah dan straight to the point. Jadi jangan risau korang akan mengalami sindrom pening-pening lepas baca buku ni. Tambah ilmu lagi adalah.. :)

2. Pengenalan.
Pendahuluan buku Alan sangat tersusun dan mudah untuk aku faham. Secara ringkas, melalui pemahaman aku CPA (Cost Per Action) ialah satu model pembayaran pengiklanan Internet yang dibayar berdasarkan kepada sesuatu aktiviti, jualan dan pendaftaran yang berlaku melalui ID kita. Sesiapa yang bergelar blogger dan sudah lama bersama dengan Nuffnang tentu tahu Nuffnang pun telah mula mengaplikasikan CPA dalam sistemnya. Dalam kata lain, CPA merupakan satu program buat duit melalui Internet. Kalau masih belum faham boleh dapatkan bab percuma mengenai CPA Secret dengan memberikan nama dan email korang.
3. Praktikal.
Buku ini antara buku yang akan memerlukan korang untuk melakukan praktikal. Jadi, jangan baca saja buku ini, kena buat pada masa yang sama supaya pemahaman akan lebih cepat dicapai.
4. Ilustrasi.
Buku ini mengandungi 155 halaman utama, tetapi jangan risau banyak gambar beserta penerangan yang dimasukkan. Ini memang sangat penting untuk memudahkan pemahaman dan juga pembaca tidak hilang arah semasa melakukan proses hands-on. Betul, sangat seronok apablia mencuba sesuatu yang baru, perasaan teruja dan nak cepat-cepat berjaya pun ada. Aku akui aku memang tidak tahu bagaimana untuk bermula dengan CPA ini, tapi dengan panduan dalam buku Alan ini, aku akan cuba untuk memberi kepuasan kepada rasa ingin tahu aku mengenai CPA ini. :)

5. Penyampaian.
Gaya penulisan Alan, semi-formal dan bersahaja, sesuai untuk bacaan di Malaysia dan juga seluruh dunia. Alan sudah melakukan sendiri teknik-teknik CPA ini sebelum menulis buku ini, jadi ianya memang terbukti  dalam mendapatkan pendapatan. Rasanya kalau Alan buat personal coaching (PC) lagi mesti akan dapat sambutan kan.

6. Cover.
Bab cover buku ni aku paling suka. Warna cover ini hanya menggunakan 4 jenis warna dengan penggunaan ton warna yang berbeza-beza. Kalau aku melihat buku ini kali pertama pun, aku akan membelinya. Gambar yang digunakan jelas dan mesejnya juga sampai. Aku nampak ekspresi perempuan tu, ekspresi muka yang gembira sebab dapat menjana income melalui CPA. (p/s: Suka kasut merah perempuan tu..hehe..)

7. Potensi dan Istimewanya buku ini di mata Bluedianthus.
Satu kelebihan buku berbahasa Inggeris ialah mempunyai pasaran yang luas. Aku rasa Alan patut mempromosikan buku ini di luar negara. UK, US, Singapore, Brunei, banyak lagi. Sayang kalau buku sebaik ini tidak disebarkan kepada ramai orang di luar sana. Sebenarnya sebelum buku ini dilancarkan Alan ada menjual versi ebook secara tertutup di forum WangCyber, mungkin lepas ni Alan boleh jual ebook ini di pasaran antarabangsa juga. Buku ini juga boleh diterjemahkan dalam bentuk video, mungkin lepas ni Alan akan keluarkan dalam versi lain pula, siapa tahu kan. :)

8. Bagaimana mendapatkan buku ini?
Jika ada di antara korang yang ingin membeli buku ini, korang boleh beli di semua kedai buku MPH atau Popular Bookstores di Malaysia atau beli secara online di BookPlanet Selain itu, Alan Tan juga akan mengadakan book talk di MPH 1Utama. Jangan lepaskan peluang bertemu face to face dengan Alan Tan. Kalau aku ni mungkin boleh dimaafkan sebab aku kan jauh kat Sabah ni. Mungkin boleh dapatkan tandatangan Alan Tan macam buku yang aku dapat ni..hehe.. Harga buku ini RM39.90. Tak murah dan tak mahal, tapi berbaloi untuk dijadikan rujukan korang dalam menjana wang dari Internet.
Tarikh: 12th March 2011 (Sabtu)
Time: 3p.m. – 4 p.m.
Lokasi: MPH Megastore 1 Utama, F319 & S319,
1st & 2nd Floor,1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
Yuran: PERCUMA
p/s: Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Cukupkan ilmu di dada lebih baik daripada terus mencuba tanpa sebarang asas dalam sesuatu perkara. Menjana wang dengan CPA bukan sesuatu yang mustahil tetapi ianya perlu disusuli dengan beberapa langkah yang wajib ada. Aku yakin Alan sudah mengalami semua pahit manis sepanjang mengikuti program CPA ini. Inilah yang Alan Tan ajarkan di dalam buku ini. Tahniah Alan kerana berjaya menghasilkan buku ini. Brilliant job!

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu terakhir Februari 2011 dan perkongsian Adsense

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails