TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, February 19, 2011

Home » , » "Sekali sekala, pandanglah ke belakang..."

"Sekali sekala, pandanglah ke belakang..."

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga hari ini lebih bertenaga dan ceria untuk aku dan korang semua. Sekarang ini aku berada di kampung halaman Daddy bersama dengan kelajuan Celcom Broadband yang walaupun agak lambat, tetapi masih bersyukur kerana masih boleh mendapat akses Internet (thanks to technology). Rasa lebih aman dan udaranya pun lebih segar seperti waktu zaman usia aku masih boleh dihitung menggunakan 10 jari sahaja. Oh, how I miss my childhood memories. Manusia...

Ya, aku dan korang semua sering melupakan kenangan yang berada di belakang kita. Bijak pandai mengatakan, kalau ingin maju ke depan, kita harus melupakan semua yang berada di belakang kita. Tetapi itu cuma maksud luaran, masih ada lagi maksud tersirat di dalamnya. Di "belakang" kita, dulu masa kanak-kanak..kita bermain dengan sesiapa saja..tak mengira warna kulit, kaum dan bangsa seseorang itu. Tak kisah bermain lumpur bersama, main sorok-sorok bersama, dan makan aiskrim bersama. Bila dah semakin dewasa, seperti terdapat 1 lapisan yang menjadi penghadang sesama kita.

Jadi bagaimana nak mengatasinya? "Pandanglah ke belakang sekali-sekala.." Pandanglah ke belakang bila rasa hati di dalam diri kita sudah mula riak dengan apa yang kita ada.. Sekali sekala, pandanglah ke belakang bila merasakan diri sudah cukup sempurna. Sekali sekala, pandanglah ke belakang bila mula lupa bumi yang dipijak.. Tak minta berkali berkala...sekali sekala pun jadilah.. Agar kita tidak mudah menjadi seorang yang lupa, akan ada mereka yang lebih baik daripada kita. Ada insan yang akan mengatasi kita..Sesekali, pandanglah ke belakang..
Sekali sekala, aku memandang ke belakang..dan tidak lupa untuk terus maju ke hadapan.. :)

p/s: Salam sayang dan selamat berhujung minggu daripada aku dan juga Bluedianthus Dot Com. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails