TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, February 4, 2011

Home » , » Preview Rahsia Nuffnang : Miliki Hadiah Lumayan di Cabaran Tonton & Menang!

Preview Rahsia Nuffnang : Miliki Hadiah Lumayan di Cabaran Tonton & Menang!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang masih sudi datang berkunjung di blog Bluedianthus Dot Com. Musim cuti raya cina ini memberikan aku sedikit ruang untuk mengemaskini blog pada hari ini. Kali ini aku akan berkongsi sedikit preview ringkas mengenai 3 video khas yang telah pun dihantarkan ke email  aku daripada pemilk RahsiaNuffnang.Com, iaitu saudara Amirul Hafiz, anak kelahiran Sarawak yang bakal muncul dengan produk terbarunya pada 19 Februari ini.


Video 1: 6 Senjata Utama Nuffnang
Video ini memberikan tips bagaimana untuk menguasai trafik. Yang paling penting bagi aku adalah senjata yang ke -2. Senjata kedua ini sering diabaikan oleh beberapa blog dalam usaha menarik trafik datang ke blog mereka. Memang itu hak masing-masing kan, tapi untuk stand out from the crowd, sekurang-kurangnya kenalah ubah gaya penyampaian di dalam blog kan. :)

 Video 2: 6 Cara Untuk Take Action
 Video yang ini aku suka sebab melibatkan hands-on ataupun praktikal. Sebab tu namanya take action kan? Perkongsian saudara Amirul ini sangat penting dalam menjaga etika sebagai seorang blogger, dan sememangnya ianya merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh sesiapa saja yang bergelar blogger. Tetapi, aku ingin highlightkan cara ke-5 dan ke-6 kerana ia perlu dan wajib dipraktikkan oleh sesiapa saja tidak kiralah orang tu seorang blogger ataupun tidak.

Video 3: 4 Teknik Killer Nuffnang
Walaupun 4 teknik ini merupakan perkara asas yang perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan Earning Nuffnang, tetapi ramai blogger yang mengabaikan aspek ini. Kedudukan iklan Nuffnang yang tidak konsisten dan tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang sendiri menyukarkan korang untuk mendapat tempat di hati Nuffnang. Jadi, sesiapa yang baru mula berjinak-jinak dengan Nuffnang ini jangan lupa untuk membaca informasi yang disediakan oleh pihak Nuffnang sendiri.

Secara keseluruhannya, tiga video ini sangat sesuai menjadi panduan kepada sesiapa saja yang baru bermula dengan Nuffnang. Mungkin selepas ini akan ada beberapa lagi siri video yang akan dikongsikan oleh saudara Amirul Hafiz ini. Jangan terlepas untuk mendapatkan informasi bervideo mengenai Nuffnang ini hanya di RahsiaNuffnang.Com

p/s: Sempena pelancarannya 19 Februari 2011 ini, saudara Amirul telah mengadakan cabaran tonton dan menang hadiah menarik berupa wang tunai serta ebook Rahsia Nuffnang bernilai RM40. Korang berpeluang untuk tonton dan menang RahsiaNuffnang.Com. Komen yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails