TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, February 28, 2011

Home » , , , , » Kemaskini Nuffnang minggu terakhir Februari 2011 dan perkongsian Adsense

Kemaskini Nuffnang minggu terakhir Februari 2011 dan perkongsian Adsense

Minggu terakhir di bulan Februari 2011, cepat sungguh masa berlalu kan. Semoga hari ini aku dan semua yang menjadi pembaca blog ini, yang baru saja terjumpa blog ini sihat walafiat hendaknya. Hari ini aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog aku yang bakal berusia 2 tahun pada 11 Mac ini. Hari ini juga merupakan masa untuk aku mengemaskini akaun Nuffnang aku. Entri ini hanyalah merupakan rujukan untuk aku di masa hadapan, dan juga sebagai motivasi diri untuk terus berblogging. :)


Buffered Earning (BE) ke-44 telah diterima oleh blog ini, manakala BE ke-43 telah pun menjadi metered earning. BE tersebut ialah Pepsico Quaker yang terletak pada bahagian Leader Board. Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang untuk yang ke sekian kalinya. :)
Buffered Earning ke-44: Pepsico Quaker LB

Suka iklan ini sebab bertemakan kesihatan dan keluarga

Selain itu, perkembangan Adsense juga sangat menggembirakan kerana sudah melebih separuh daripada pembayaran minimum. Walaupun masih jauh perjalanan untuk mendapatkan cek pertama, semangat makin naik kerana earning pun makin naik..hehe..
 Sudah melepasi separuh pembayaran minimum

Selain itu, aku juga gembira kerana satu niche blog aku juga sudah mula menampakkan hasil. Hanya dengan 1 klik berharga lebih 1 dollar. Memang perasaan gembira tak terkata.. Blog yang satu ini sudah lama tidak dikemaskini, tetapi mungkin disebabkan niche ini bersifat evergreen, jadi pelawat sentiasa akan ada. :)
.net memberikan $1.14 untuk 1 klik
Sedikit pencapaian juga untuk akaun Adsense, sasaran untuk mendapatkan $20 sebulan hampir tercapai. Walaupun kurang beberapa dollar, tapi aku gembira kerana ianya tidak jauh daripada sasaran yang telah aku tetapkan.

Ok, sekian saja kemaskini Nuffnang dan perkongsian akaun Adsense aku. Walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk bulan Mac, tetapi aku gembira kerana sekurang-kurangnya ada peningkatan dari semasa ke semasa. Yang penting, berblogging seperti biasa, kan? :)

p/s: Jangan lupa malam ini, review buku Alan Tan akan diterbitkan di blog ini. Stay tune! :)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails