TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, February 22, 2011

Home » , , , , » Kemaskini Tertunda Nuffnang minggu ketiga Februari 2011

Kemaskini Tertunda Nuffnang minggu ketiga Februari 2011

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus yang masih setia bersama dengan blog ini walaupun sudah 3 hari tidak dikemaskini.  Semoga semuanya masih bersemangat untuk meneruskan hidup dan menghadapi cabaran yang silih berganti. Kuatkan hati dan jangan takut. Ada tuntutan tugas lain yang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Selain itu, aku juga sibuk membaca buku yang dinanti. Aku sudahpun habis membaca buku ini dan ternyata pengisian buku ini memang original dan proven.Nantikan reviewnya sedikit masa lagi.

Ok, kali ini kemaskini akaun Nuffnang aku terlewat sehari..apapun entri pengemaskinian akaun Nuffnang mesti aku terbitkan juga untuk tatapan aku pada masa hadapan. Semasa masuk ke akaun Nuffnang tadi, aku dapati ada sedikit perubahan. Entahlah perubahan ini bersifat sementara ataupun laman web Nuffnang ini sedang diselenggara. Jadi, aku rasa sedikit pelik bila masuk tadi. Apapun, blog ini telah berjaya mendapat 1 Buffered Earning (BE) iaitu BE ke-43. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberikan BE untuk ke 43 kalinya. :)

Screenshot ini sedikit berubah kerana sedang on-maintenance oleh Nuffnang

BE ke-43: Maxis CNY 2011 LR

BE ini kadang-kadang sahaja akan muncul di blog ini, mungkin kerana sedikit saja pelawat blog ini dibeli oleh pengiklan. Tapi sekurang-kurangnya ada kan. :) Satu lagi blog aku, aku telah delete dari akaun Nuffnang aku kerana ianya tidak mendatangkan klik yang banyak. Trafik blog ini lebih banyak dari luar negara jadi lebih baik aku letakkan iklan Adsense dan iklan teks sahaja. Apapun, target aku untuk mencapai $20 sebulan belum lagi tercapai, hanya mampu mencecah $10++ sahaja buat masa ni.

Masih berusaha untuk mencapai sasaran 

Selain itu aku masih lagi mengalami masalah blog untuk niche financial, mungkin aku kena bermula dari awal balik. Blog bahasa Inggeris aku juga nampaknya masih terkapai-kapai di lautan..hehe.. Kebanyakan entri yang aku tulis kebanyakannya umum dan sebenarnya aku mendapat upah untuk menulis entri itu. Kini aku sedang menunggu duit hasil penulisan aku itu untuk dimasukkan ke dalam akaun Paypal. Jadi sesiapa yang mempunyai blog bahasa Inggeris yang dibangunkan menggunakan hosting dan domain sendiri, bolehlah mencuba nasib. Banyak laman web yang menawarkan entri berbayar kepada blogger. Yang penting usaha yang tidak jemu-jemu untuk belajar ilmu blogging. Aku pun masih mentah dalam dunia blogging ini. :)
 Menanti dengan sabar nombor PIN sampai ke rumah. :)

Ok, itulah saja aktiviti blogging yang sempat aku kongsikan dengan korang semua. Selain itu, aku juga dalam proses menulis review untuk buku Alan Tan, dan kemudian menambah-baik ebook yang aku terjemahkan baru-baru ini. Blogging itu indah..yes it's true.. :)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails