TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, February 14, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Februari 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Februari 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Aku harapkan agar semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera. 2 hari aku tidak mengemaskini blog ini, selama 2 hari itulah aku tidak berkesempatan untuk berada di dunia siber kerana menghadiri Pesta Ang Pow anjuran Universiti Malaysia Sabah di mana adik aku turut terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pihak Nuffnang, semoga makin berjaya dan bertambah rezeki di tahun arnab ini, Selain itu aku juga sibuk dengan tugas utama dan kerja freelance.

Hari ini masih sempat untuk mengemaskini entri hari Isnin. Sesiapa yang mengikuti blog ini pasti akan tahu  setiap hari Isnin aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku. Ringkasnya, tidak ada Buffered Earning (BE) yang singgah di blog sejak minggu lepas. Tapi yang aku perasan, iklan CPC selalu ada di hampir kesemua blog yang aku lawati. 


Kemudian aku ada bertanyakan mengenai iklan CPC yang masi belum direkodkan sejak 22 Januari 2011. Kalau ada sesiapa yang selalu berhubung dengan Nuffnang, mesti perasan staff yang menjawab bagi pihak Nuffnang sudah bertukar ganti. Bukan lagi saudara Robb Chew tetapi saudari Thara. Tetapi servis sokongan mereka masih lagi mantap seperti biasa. Mungkin saudara Robb Chew sudah dinaikkan pangkat kot. Semoga rombakan yang dilaksanakan oleh pihak Nuffnang mampu memberikan win-win situation kepada pengiklan dan juga blogger. 

Ok, sekian saja kemaskini ringkas hari ini, semoga Isnin aku dan korang semua hebat seperti biasa. :)
Bergambar bersama Mummy tersayang sempena Pesta Ang Pow UMS 2011.. :)

Artikel Sebelumnya: Hadiah Dari Hati...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails