TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 17, 2011

Home » , » Kedatangan Pos Ekspres yang dinanti

Kedatangan Pos Ekspres yang dinanti

Salam sejahtera kepada pembaca blog Bluedianthus ini sekalian.entri kali ini agak ringkas dan sekadar memberitahu kerana pada entri yang lain ada kaitannya dengan Pos Ekspres ini.Ya, kerana aku baru saja menerima sebuah buku yang tidak sabar-sabar untuk aku membacanya. Tidak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada Daddy aku yang bersusah payah untuk ke Pejabat Pos Tuaran untuk mengambil Pos Ekspres ini. Sayang Daddy..hehe..Apa yang paling penting, buku ini mempunyai nilai sentimennya sendiri, kenapa ya? Semuanya kerana ini...
Dapat signature pemilik buku ni..
Terima kasih Alan di atas hadiah berharga ini...siap ada autograf lagi, cun!

Hidup ini kena banyak membaca, selagi mata masih mampu melihat alam sekeliling, selagi itulah mata ini mempunyai fungsinya tersendiri. Tetapi membaca saja tidak cukup tanpa tindakan. Ianya perlu seiring untuk memastikan kejayaan yang berterusan.

Sekian entri ringkas aku untuk hari khamis ini. Semoga ceria selalu di samping keluarga dan blog korang yang tersayang. Salam sayang dari Bluedianthus Dot Com untuk semua, walau di mana korang berada. 

p/s: Nantikan review mengenai ebook ini di blog Bluedianthus Dot Com. Tentunya ramai yang teruja melihat tajuk buku ini kan. Siapa Alan Tan? Boleh cari kat Google ataupun tunggu saja review daripada aku nanti ya. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails